jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, February 25, 2011

APa itu monopos?

Entah la dik. Akak pun tak tau monopos tu apa. Akak dok rasa monopos itu sejenis makanan yang sesedap tomyam dekat secret resepi ha.


p/s:konpom bebudak sekolah nak buat assigment pasal monopos ha. Google tunjukkan blog akak eh dalam carian. nakal google ni.

Idol

Sepanjang aku hidup hingga sekarang ni, idol aku cuma seorang je iaitu mantan perdana menteri kita, Dr. mahathir. aku salute cara dia pikir, cara dia buat kerja. kekadang macam nak datang dekat waktu tengah tengah malam bukan nak sekodeng ye, dengan berpakaian sut bedah anatomy grey nak curik sebelah otak beliau. sebelah je untuk buang otak karat aku. aku kira, aku dengan beliau ada jugak la persamaan. kalau nak buat kerja atau sesuatu, aku jarang nak pong pang pong pang bagai nak rak. diam diam aku buat sampai siap, baru aku pong pang pong pang bagai nak rak. malu weh pong pang pong pang bagai nak rak kalau kerja tak siap.

Dan aku salute cara Datok Siti Nurhaliza berjaya. Nak kata aku die hard fan dia, nyanyi lagu dia pun lirik boleh salah. Masa orang dok perlekeh dia tak pandai english, mantain je senyum nampak lesung pipit. aku? kalau orang perlekeh aku tak reti cakap omputeh(memang tak reti cakap pun) konpom aku hempuk dengan lesung batu. Tak reti reti dia pun, sampai jugak dekat dewan albert (betuikan ? ke aku tertukar nama dewan). korang ada ker?

Aku jugak admire cara dan sikap omputeh untuk mencapai kejayaan. Masa aku tengok So You Think you can dance, aku kagum dengan azam mereka. Sampai aku siap cakap dekat Mr. tat," Ayah, omputeh ni, kalau depa nak buat satu benda, depa akan buat sunguh sungguh kan. tak macam orang melayu kita kan."( tawakal je time ni. silap ayat takut kena hempuk dengan mr. tat) dan ayah aku bersetuju dengan aku. Dan aku cukup pantang, menyampah kalau aku tengok realiti show , tak kira la menyanyi ke, berlakon ke hape ke dengan niat nak mengubah nasib keluarga. Dengan menyanyi boleh kaya ke? Lain la kalau duduk dekat Hollywood. Realiti show yang paling aku suka tengok ialah showdown. tak ader nyer drama, drama, drama air mata mengalir dengan alasan nak ubah nasib keluarga. Banyak cara lagi boleh di gunakan.

Dan yang terbaru, idol aku bertambah lagi seorang. Baru je lagi. baru beberapa jam je aku baca entry da, aku terus terpegun, terpesona, tergamam, terghairah, terklimaks dan ter, ter, ter lagi la. Sebab setiap bait bait ayat dia, mampu membuat otak karat aku berpikir. dia berdakwah tapi tak extreme sangat. kira cara dia mem"brain wash" otak kita cara ranggi sikit la. aku rasa korang semua dah tau kot. aku je ketinggalan zaman. ini pakcik hamka kita.my new idol.

Wednesday, February 23, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Tolong ingatkan aku,
yang aku dah 26 tahun.

tolong ingatkan aku,
supaya menjadi lebih matang.

tolong ingatkan aku,
buang habit makan sebelum gosok gigi.

tolong ingatkan aku
jangan mengeluh dengan dugaan yang melanda.

tolong ingatkan aku,
lebih kan tengok cartoon dari drama drama drama air mata.

tolong ingatkan aku,
supaya menabung untuk masa kecemasan.

tolong ingatkan aku,
lebihkan baca buku ilmiah agar otak tidak berkarat.

tolong ingatkan aku,
maafkan mereka mereka yang pernah memporak peranda keranda kan hidup aku.

tolong ingat kan aku,
agar lebihkan makan sayur dan buahan buahan.

tolong ingatkan aku,
bahawa gemuk itu comel,
kurus itu terrible.

tolong ingat kan aku,
aku ada kerja kena buat.
hahahahahaha!!!




Perempuan dan tabiat membaca sambil bercakap talifon dan mengodek fesbuk sambil berjalan memang merimaskan.

Seorang perempuan yang berjalan sambil membaca surat kabar dan bercakap telefon amat la berbahaya jika anda anda sekalian berjalan di belakang nya. oh ya, kalau anda- anda itu lelaki, tidak mengapa.Di galakkan. Mengapa? Kerana perempuan - perempuan yang berjalan sambil membaca, mengodek fesbuk yang nak show off blackberi ipone ohh aku jeles ni akan berjalan mengalahkan orang mabuk. sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, tetiba boleh berenti tanpa apa-apa amaran. kalau anda -anda sekalian yang wanita tercium bumper perempuan berkenan, tentu la agak najis kan. lain la kalau perlakuan itu di lakukan oleh seorang yang gagah seperti edward cullen. tentulah anda anda tak kisah kalau terlanggar bumper. tetapi, kalau perlakuan itu dilakukan oleh perempuan, tentu la lelaki -lelaki akan tersenyum sambil bermunajat kerana dipanjangkan nyawa.

Spesis yang berjalan sambil membaca mengodek fesbuk tak kira tempat ni, pada firasat aku tidak digalakkan membawa kenderaan kerana mereka mereka ini akan selamba badak je ke kiri ke kanan tanpa memikirkan kesan pada orang belakang. Boleh membawa kepada perlanggaran yang serius di mana kalau lelaki di belakang boleh mengundang kejadian waterfall darah di hidung.

Tetapi, kalau aku di belakang mereka mereka yang membaca sambil berjalan, mengodek fesbuk sambil berjalan dan berjalan macam orang mabuk kuasa kuda ini, jangan salah kan aku kalau- kalau anda anda tertiba tertonggeng mencium lantai ya.

Bukan aku jeles sebab aku pemegang hanset jenama soni erikson di mana kalaua aku nak online harus mebeli pass Rm 2 perjam dari maxis tetapi aku rimas berjalan di belakang orang orang yang macam ini. Macam dah tak ada tempat nak duduk elok elok untuk membaca dan mengodek fesbuk.

The rock, sila la membaca dan mengodek fesbuk sambil berjalan di depan aku agar aku boleh buat buat terlanggar bumper anda selang lima minit agar boleh menopop awet keremajaan aku yang mengikis akibat lahar gunung berapai yang asik keluar ini.

Tuesday, February 22, 2011

Kita kena senangkan orang lain dahulu barulah orang lain akan senangkan kita.

Masalahnya, 10 orang aku senangkan, 100 orang menyusah kan aku, 1000 orang pijak kepala aku.

nak suruh aku bertukar jadi hulk hugan ke hello kitty?

Monday, February 21, 2011

Negara membangun tetapi seks bebas berleluasa.

ohhh siapa kah yang search keyword itu? sungguh aku terpesona tetapi jangan la menaruh harapan yang tinggi bahawa blog aku akan mempunyai entri ilmiah sebegitu kerana empunya blog pun tak ter"ilmiah".

Fashionita kah?

Dalam almari aku, kebanyakkan baju berwarna:
  1. hitam( jaket, cardigan)
  2. Putih ( t-shirt, cardigan)
  3. Biru (long top,inner, cardigan, blause)
  4. kuning ( t-shirt, cardigan)
  5. Purple ( t-shirt)
  6. Pink (long singlet & top)
  7. Hijau ( long singlet)
  8. Kelabu ( t-shirt, cardigan)
  9. Beige (kot, on the way)
  10. merah ( cardigan)
Secara puratanya, aku memiliki:
  1. Tiga cardigan itam (labuh), dan dua jaket hitam( half)
  2. 5 t-shirt putih, 3cardigan putih labuh dan 1 cardigan putih half yang belum pernah pakai dan terpikir- pikir nak jual je.
  3. dua tops biru paras hampir nak ke lutut tapi tak la macam skirt, 1 cardigan biru yang pakai nya baru sekali je, 1 inner biru yang sekarang terpikir-pikir nak cari cardigan nak ganding kan nya sekali dan 1 blause yang menangis- nangis minta dipakai kan.
  4. 2 t-shirt kuning jugak baru sekali pakai dan selebihnya almari pakai, 1 cardigan putih yang ala - ala nerd.
  5. 1 t-shirt puple yang buat masa ini menjadi t-shirt peberet. sah akan pakai sampai kaler kusam.
  6. 1 tops pink yang pakai nya baru 2 kalai dan selebihnya buat- buat tak nampak dan 1 singlet pink yang akan dipakai bila rasa nak pakai.
  7. 1 singlet hijau padini rm9 yang akan dipakai setiap masa dan digandingkan dengan tak kira warna pun hatta warna merah sekali pun.
  8. 1 tshirt kelabu dan 3 cardigan kelabu.
  9. 1 kot beige yang baru di order dan sedang dalam perjalanan untuk smpai ke daku.
  10. 1 cardigan merah.
Aku rasa baju aku time sekolah lebih meriah dari time aku kerja. time sekolah dulu aku ada penasihat pesyen iaitu madame suppiah. setiap baju yanag aku nak beli, mesti kena tunjuk dekat belai dulu untuk pelepasan. selalunya, warna -warna terang akan mudah mendapat pelepasan dari warna- warna yang ala - ala tanah perkuburan.

kalau biarkan aku membeli belah?
Jawabnya warna putih dan kelabu je la yang menjadi pilihan hati.

hairan.
kalau nak jadi advisor dekat orang time membeli belah, pandai pulak aku. example like akak aku. time dia nak beli barang, hatta kerongsang pun, mesti dia tanya aku dan kesannya, ramai orang akan puji apa yang dia pakai. ehemmm...hasil dari nasihat aku..

tapi time aku nak beli barang untuk aku? semuanya ke lauttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!

Aku nak hire advisor pesyen.
sapa nak?

p/s: sapa yang juai barang on 9 tuh, terutamanya jaket, cardigan atau kot, boleh la wink wink aku. sebab aku pantang nampak benda alah tu. mesti nak membeli. hatta kot pengawas sekolah pun aku berkenan.

Friday, February 18, 2011

pengakuan ikhlas bosia main ramai laki.

siapa yang search keyword itu ha?
angkat tangan cepat!!!

perfect Two

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry.
(by: auburn)

me & u
perfect two
u buncit
i gendut
u gila
i sewel
u hulk hogan
i king kong
u mr seman
i mrs seman.

Wednesday, February 16, 2011

kak lemah tengah sawan.

  1. Otak dah over limit. Lampu otomen di dada pun dah kelip-kelip nig nong ning nong sila recharge bateri sebelum anda beroperasi kembali ataupun anda akan meletup dalam masa lima saat. kebababommm!!!
  2. ohhhh... kat mana ada pusat anger management? aku nak daftar masuk sebelum aku bertukar menjadi king kong dan memusnahkan wisma sambil mengegam the rock dan memanjat kl tower sambil menghentak hentak dada menjerit "oooooOOOoooo"!.
  3. ohhh... sumpah aku bukan orang yang jeles hatta dalam zodiak leo pun mengatakan leo seorang yang kuat jeles tapi yang sebenarnya aku lannnnggggsung tak jeles sebab aku tau hatimu ada pada ku dan sebab itu aku hanya pandang sebelah mata tatkala tengok berberuang beruang besaq kecik. takkkk....aku sumpahhhh tak jelesss tauuuu....
  4. ohhh....tetiap 14.2 aku sambut valentine bersama -sama kertas - kertas ujian dan air mata tskkk tskkkk tatkala menjawab sebab nak mengeluarkan hatta sezarah kuman pun amat payah dari otak yang makin karat ni. bagus sungguh valentine jatuh pada hari perkuliahan dan macam gampang jalan jammmed hatta berlari pun boleh mengalahkan kereta ferrari tau.
  5. ohhhh gaji aku dah naik sebanyak RM 0.00.
  6. kat mana aku boleh beli sugar dadi. aku nak beli longgok.

Monday, February 7, 2011

Saya sedang sakit rumah.

hulu-hulu pun, itu lah tempat aku diberanak.
atas tikaq getah.
mak bidan sambut.
agaknya ada ghupa indon sikit kot mak bidan tu.
sebab cikgu aku cakap aku macam orang indon.
kawan sekolah aku cakap aku macam pelakon indon.
nak buek macam mano.
aku ada darah siam + mamak.
tapi acuan pergi ke muka indonesia sikit.
kalau acuan muka macam aishwariya rai kang,
tak menang tangan madame suppiah terima panggilan tempahan nak jadi menantu.