jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, March 30, 2011

Sucker Punch

Amaran.

hanya sesuai ditonton oleh budak budak yang mempunyai imiginasi fantasi yang tinggi seperti aku sahaja yang di galakan tengok. kalau tak ada daya imiginasi, jadi la seperti encik seman yang meroyan sepanjang tontonan.

Bayangkan:

Baby doll nak tembak ayah tiri dia sebab ayah tiri dia nak rape adik perempuan dia sebab tensen bini dia yang dah mati tak wasiat kan harta dekat dia, tapi wasiatkan kepada dua anak perempuan dia(baby doll versi rambut kuning dan baby doll versi rambut hitam). penat tau ayah tiri dia buat plan nak harta tapi alih alih dapat kat anak tiri dia..benci ai nyah. tapi yang mati adik dia, bukan ayah tiri dia.felikun di ditu.

ayah tiri dia daftar baby doll dekat rumah sakit jiwa.

tetiba rumah sakit jiwa tertukar tetiba terjadi rumah felacuran first kelas..felikun kuasa dua di situ.

baby doll jumpa geng nak lepas kan diri. sweet pea, rocker, amber dan blondie yang berambut hitam.

Felikun yang paling felikun nya ialah, bila baby doll menari sambil pejam mata, tetiba dia akan berada di dalam medan peperangan.

Felikun yang paling memberangsangkan apabila yang berjaya lepas kan diri bukan baby doll tetapi sweet pea.

Sapa punya certita ni sebenarnya?

Felikun betul.

Monday, March 28, 2011

I Spit On Your Grave.

Citer dia memang awesome. Citer ni tak ada keluar dekat mana-mana pawagam di Malaysia aku rasa sebab citer dia...aaa....eee....uuu...aaa....aga-agak macam citer lucah versi seram sikit. kalau nak masuk malaysia, konpom diorang pun tak tau nak bagi kategori apa.

citer dia pasal apa?

citer dia pasal perempuan ni kena rogol+liwat beramai-ramai siap pakej kena seksa+dera=psiko betul ha. Bayangkan, perogol perogol ni masukkan senapang dalam mulut kerongkong dia.sampai kedalam pastu tarik.masuk tarik.sampai berdarah mulut kawan.gigi dia hampir-hampir nak tercabut sebab salah satu perogol ni tarik gigi depan dia sampai kan aku pun dah terpegang gigi aku sendiri sebab aku macam rasa gigi aku yang kena tarik. perempuan ni kena pukul dekat pungkok dia guna kayu besbol!!berkali kali. kalau aku, mau mengamuk sakit.yang rogol dia pakcik polis, seorang lelaki cacat otak,sorang lelaki yang nak cabut gigi,seorang lelaki yang asik ketawa je dan seorang lelaki yang asik merakam kejadian itu. perempuan ni terjun sungai konon konon nak bunuh diri. aku ingat kan perempuan tu dah mati kelemasan dan hantu dia yang bunuh semua perogol perogol ni tapi tak.dia masih hidup. u go girl tetiba semangat.

Apa dia buat untuk balas dendam?

  1. Lelaki yang cacat ni kena dulu.dia tak bunuh just kasi pengsan je. bak kata omputih,save for better ending.
  2. Lelaki yang asik ketawa dan asik merakam ni kena serentak.dia ketuk kepala dua-dua mamat durjana ni.pastuh seret masuk hutan. yang asik merakam ni dia ikat kat pokok, yang asik ketawa dia ikat dalam rumah usang dalam bath tup yang dia buat penghadang.dia ambik mata kail,dia cucuk dekat dua-dua kelopak mata lelaki yang asik merakam ni pastuh dia ikat dekat pokok.lelaki asik merakam ni tak boleh pejam kan mata la kiranya. bila dia pejam je, berdarah mata dia. pastuh dia ambek bangkai tikus,dia sumbat dalam mulut lelaki itu. hambek. berjurai jurai muntah nye. yang zionis, datang dua ekor burung gagak datang patuk + korek + makan mata lelaki ini. Serve u right dude. Lelaki yang dalam bath tup tu diisi dengan asid.hambek ko..berlubang lubang muka.
  3. Lelaki yang nak cabut gigi minah ni keje dekat stesen minyak. pastu, perempuan ni datang la stesen minyak dengan pakai skirt pendek dok tongek-tonggek ala ala nak mengoda.dah nama pun lelaki kan.dia pergi la kat minah ni dengan niat nak berkenalan.sekali hambek ko.berkenalan dengan kayu besbol dikepala mu.pengsan kena ketuk. bila dia sedar je, minah tu dah gatungkan kan dia secara berbogel.jangan risau.mata aku masih terpelihara sebab tak ada anasir anasir lucah di situ. minah ni letak sekeping besi dekat mulut lelaki ni pastuh dia asik duk tarik tarik besi tu.berdarah mulut lelaki tu sebab besi tu macam mengoyakkan mulut dia.pastu..pastu...korang tau minah ni buat apa?dia ambek playar,pastuh dia tarik gigi lelaki ni satu persatu.ngeri siot.lelaki ni mati sebab apa aku kurang paasti.
  4. yang last sekali pakcik polis dan lelaki yang cact tu.dia bunuh serentak.kira jimat tenaga. minah tu bongkok kan pakcik polis tu atas meja, dekat pungkuk pakcik polis tu, dia letak senapang betul betul dekat lubang sistem perkumuhan.picu pistol tu diikat dan disambungkan pada jari lelaki cacat ni. bila lelaki cacat ni sedar dari pengsan, dia tergerak tangan dia and BAmmmm!!!picu tertarik,peluru masuk arah buntut, kuar melalui muka depan pakcik polis dan terus kena dada lelaki cacat tuh.
mati semua perogol perogol tu.
puas hati perempuan ni.

perempuan kadang kadang boleh jadi sangat baik dan kadang kadang boleh jadi sangat kejam.

Sunday, March 27, 2011

Games

Bila lelaki sudah start main games, tak kira di playstation ke, hapa ke..sumpah dah jadi macam bebudak. tak caya? depan aku ,lelaki dah melalak terlolong bila kalah. sebelah aku(cik seman) mulut muncung sedepa boleh sangkut hanger kusyuk main game?

aku?

pergi cyber cafe bawak homewrok.

ilmiah kan aku...

Wednesday, March 23, 2011

Surat Karangan Rasmi

Kepada,

Diari Bergerak Hari Ini.

Perkara:perkara berbangkit sepanjang aktiviti semalam.

  • aku tak tahu aku eja betul ke tak. otak mampu nak digest dengan baik.
  • pigi keja baju kurung, balik keje trak suit, t-shirt saiz xl.ya aak au ya ak aw itek gembo gembo la aku semalam hasil pinjam baju cik seman. tetiba aku jadi rimas pakai baju kurung.so, nak menyelamatkan dunia persikitaran daripada sinaran radioaktip yang dilepaskan aku, baik aku segera bertukarrrrr menjadi super seedgurl xl!!!!ya ak au ya ak au itek gembo gembooo
  • filem invenson los angeles ke los vegas ke hapa ntah memang meletup. terkebabom sana ...terkebabommm sini. Impaknya? Budak perempuan depan aku siap terangkat terangkat kaki tangan di udara. Oh adik...feeling nampak...
  • yang berperang enam orang.. kedebuuk gedebak...yang balance sedang menikmati sarapan pagi sambil borak borak di pangkalan resia. ooooooohhh berbulu aku tengok.
  • Cis...kenapa awek yang berlakon di dalam cerita too fast too furious merangkap awek van diesel dalam citer itu pun turut serta berperang? multi-talented betul la u akak..boleh bawak kete. boleh g perang-perang leftenan santos.
  • En.Seman cakap awek van diesel dalam citer too fast too furious ciss terbako dah hati ini leftenan santos memang suka berlakon watak-watak extreme. "main" pun ganas. Aihhhhh??? Lain macam ja ayat?
  • Sedang sedap makan megi goreng roti nan ayam tandddooooriiii, aku ternampak satu invension sedang berlaku disebelah EN. seman yang menggunakan pangkalan tabung meter parking. invension diketuai oleh Leftenan Lipas. Leftenan lipas sedang khusyuk memerhatikan EN.Seman mengunyah ayam manakala aku khusyuk memandang Leftenan Lipas sambil berfikir fikir bilakan Leftenan Lipas mahu menhijectkan ayam En. Seman.
Sekian,
Terima Kasih.

Thursday, March 17, 2011

Derma

Atam dan madame suppiah cakap: niat nak menderma kena ikhlas. Terpulang kepada orang tersebut dia nak buat apa dengan duit yang dia derma. Samaada dia menipu atau tak, itu urusan dia dengan Allah.

En seman cakap: Kalau nak derma, derma. Kalau tak nak, jangan bising - bising.

Aku cakap: tak nak jadi kaum monyet. kalau tak nak bagi, duduk diam diam jangan cakap apa- apa.

Monday, March 14, 2011

kelayakan pekerjaan

  1. penolong setiausaha syarikat yang kadang kadang menjadi boss.
  2. kerani akaun yang hampir gila mencari jumlah balancing. sekupang pun berkira. nyampah mak tau.
  3. despatch yang berkuasa kuda.
  4. mak gad yang amat la shumel.
  5. penasihat yang boleh melingkup operasi perniagaan.
kepada majikan majikan di luar sana.

Jika anda mempunya kekosongan, sila la undi saya.

Taip datang interview space loti dan hantar ke 328845785569656.

Friday, March 11, 2011

Stress

Bayangkan:

Isnin hingga jumaat- Bekerja macam nak mampus.
Isnin hingga Ahad- Belajar macam albert einstein.

Persoalan nya:

Bila masa kah Penulis, iaitu loti berehat?

Jawapannya:

nan hado..

aku speses robot hokeh. hari- hari tegok ayaq bateri je nak recharge. Body alarm pun dah lari setting. Kalau hari Isnin hingga Jumaat, even tak ada kelas ketika itu, aku still tak boleh tidur awal. Paling koman pun, mata start tutup pukui 1.00 a.m. Pastu bangun pagi, mula terhuyung hayang macam master of druken kung fu.

Tahap stress aku kadang kadang nak buat benda yang luar tabii. misalnya, kalau dalam tabii orang berlari pakai pakain sukan kan. stress membuatkan aku nak berlari keliling kuala lumpur tanpa seurat benang!!

Aktiviti makan aku jugak dah tak sistematik sekarang. kadang - kadang rasa kebulur macam sepuluh hari tak makan, kadang kadang langsung tak rasa lapar. kadang aku boleh jadi blur. time ni, kalau orang nak culik aku pun, tak ada masalah.

oh ya. sesi luah perasaan. ada satu client aku ni. laki dia director, bini dia wanita belakang laki dia la kot pangkatnya. si bini ni, kalau telifon aku, tak pernah nak cakap elok - elok. suara asyik nak buat gengster je. awak tu perempuan, orang melayu. cuba tunjuk adab sedikit. yang si laki dia, hari tu mengelabah call call aku even time tu aku tengah cuti bengang bengan tanya kenapa jumlah saham dia tak cukup. bini dia jangan dok cerita la. pot pet pot pet macam vavi kena tarik ekoq. bila aku semak balik, $*%#^%()^$#^%^**^% !! Time sekolah rendah, cikgu tak ada ngajar matematik ke? Kira pun boleh salah!!! pastu, tak reti reti nak mintak maap dekat aku ke??? then, dua tiga yang lepas, si laki bini ni ada datang opis. laki dia ketuk pintu, humaaaaaaaangggaihhhh!!! along pun ada la sedikit bersopan dari dia. macam nak roboh pintu opis aku. bila aku bukak pintu, dua dua orang buat muka genster. masuk nak suruh aku persilakan. nak aku bentangkan kapet merah sekali tak? almaklumla, opis aku kapet biru je. itu pun dah bertompok tompok kena macam - macam.

Orang atas bukan nak pandang orang bawah dah bila dia dok atas. walahal, dia dok atas tu pun dengan pertolongan orang bawah.

Tuesday, March 8, 2011

March 2011.

Bulan yang banyak menguji kesabaran yang tersedia maklum bukan seorang penyabar.

  1. 01/03/2011-Makan malam di kedai makan, bukan kedai kasut. Jumlah bil RM41.00. Bagi RM100 yang masih bau bank. Dapat balance balik RM 9.00. Demn!! Kenapa dah balik rumah selamat landing baru terperasan duit baki tokey kedai bagi kurang???
  2. 05/03/2011-Syak telah dicabul oleh hulk hogan pada waktu malam sebab pada hari ahad tersebut, aku bukak tombol pintu kereta boleh patah!!! Demn.. Duit lagi.
  3. 07/03/2011-Pergi interview di jalan cokreiw apa jalan susaah benor nak menyebut. Dan macam biasa, tidak tahu jalan dan paling selamat, tunjuk aja alamat dekat pakcik teksi. teksi mintak RM20.Aku angguk je sebab aku ingat kan jaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhh la bebeno. Jauh la..dia meng u- turn, dia reverse, belok kanan kuar kiri, masuk depan kuar belakang. Walhal time balik, baru RM 5.00 hokehhhh... Demn!!
Dan, aku masih mampu tersenyum dan bergelak gulita. Pedih di hati disimpan rapi. Sebab aku percaya, apa yang jadi dekat aku, mungkin ada hikmahnya.

tak ada benda satu pun yang menyenangkan aku. tapi, aku masih tersenyum kegembiraan sambil mennagis didalam hati.

Friday, March 4, 2011

dulu dan sekarang

dulu,
terlompat lompat mengisi borang sekolah teknik
pilih yang jauh jauh je
kalau boleh,
nak pergi sampai ke america ha
alasan?
bosan duduk kedah
tak best
tak maju macam kuala lumpur.
kuala lumpur cantik.
banyak lampu-lampu
banyak supermarket
dekat kedah?
boleh kira dengan tangan.
kedai kedai pun tutup awal
tak maju betul la.

sekarang,
terlompat lompat aku nak balik kedah
meroyan sudah duduk di kuala lumpur
lampu lampu lip lap lip lap pun dah tak mampu nak menghairah kan aku lagi
supermarket banyak pun dah tak mampu nak mengoda aku lagi
sebab sekarang aku banyak shopping on-line
bhahahahahaha!!
aku rindu
langit kampung
rumput kampung
bau kampung
suasana damai kampung
biar la orang kata budak itu jakun
budak kampung itu culture shok
budak kampung itu baru nak mengenal dunia
aku rela
sebab aku tau syurga dunia ku adalah kampung.
so whatt
aku memang budak kampung pure
tak ada celup celup

aku lahir pakai bidan
kampung.

aku lahir atas tikar getah
kampung.

lidah aku kalau tak kena belacan, boleh tak stim makan
kampung.

aku lagi ghairah tengok petai, ulam-ulaman, budu, tempoyak
dari tengok pizza hut, mcD.
kampung.

aku dah tak lalu tengok kolompo dh

Wednesday, March 2, 2011

potosatat

ohhh adik.
sorry yek.
akak tak bukak kedai potosatat. setakat ni akan juai baju dengan selendang je.( promote ni)
adik nak beli ke?

Cuai dan lalai tidak dapat dipisahkan bagaikan lagu dan irama

sejak dari azali aku memang kaki cuai dan lalai. kekadang boleh lalai tak makan dan minum. tapi dulu-dulu minum la. boleh kadang-kadang aku lupa nak minum air.

Buku? berpuluh - puluh kali hilang. aku lupa aku letak kat mana. cuai madame suppiah kata.

kad pengenalan? Lagi la...Acapkali aku bawa kuar je dari dompet, confirm aku lupa tang mana aku letak. kadang - kadang boleh tak perasan aku berjalan seminggu tak ada kad pengenalan. Dah la muka iars - iras marsandah.

Beg Dompet ? Lagi la. Ada satu ketika, aku pegang purse and then aku letak kat tepi pintu kereta belah penumpang la. singgah jusco borong macam nak gila sampai counter muka terkulat - kulat cari purse tak jumpa. Demmm!!! dalam keta. nasib baik en.seman ada iras- iras watson nyambek berdesap desup lari pergi ambilkan.

Duit? kadang - kadang aku boleh tak perasan dalam purse hanya tinggal RM2.

Dan yang paling terbaru. Semalam je berlaku. aku bagi Rm 1oo nak bayar makanan and then dapat baki tak cek balance sampai umah baru feeling feeling nak cek sekali wat da hekkk!!!! apa balance RM9 je !!! RM 50 mana!!!! kenyang tokey kedai tu.