jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, June 30, 2011

Deodorant

keadaan 1: satu lif yang dinaiki oleh 5lelaki satu perempuan. semua bau lelaki. dominan katakan. tidak hairan.

Keadaan 2: Satu lif yang dinaiki 5perempuan satu lelaki. Semua bau perempuan tapi macam macam bau la ye kan. Minah bau Gucci, Jamilah bau secret resepi kan. Tidak hairan.

Keadaan 3: Satu lif yang dinaiki oleh 4 perempuan sahaja. Tiba- tiba bau lelaki. Bau deodorant nivea fresh for men. Keep i fresh. Hairan kan.

Tapi aku, tidak hairan. Sebab aku yang memakai deodorant Nivea for men keep i fresh. Maskulin kan aku.

i'm the man. Loti mukhtar...

ala-ala muka the rock sket

Wednesday, June 22, 2011

Tabiat

Satu tabiat encik seman yang sekarang ni telah dipanggil van diesel oleh aku yang telah dapat dikenal pasti dan telah di 'dna' kan iaitu sindrom kekurangan dna pengecaman kengidaman dimana seseorang yang menghidap sindrom ini selalu nya tersasar dari jadual mengidam.macam fenin kan ayat aku. Aku pun kurang pasti dengan jalan penceritaan yang fail ni. Tak boleh buat novel box ofis macam nora elena la macam ni.
Sebelum tersasar dari jalan cerita, marilah kita pulang ke pangkal tajuk. Begini alkisahnya pada hari isnin aku tetiba teringin sesangat sangat mengalahkan ibu mengandung ye aku tau perut aku buncit macam ibu mengandung tapi mengandungi bahan kumbahan yang tak dapat di flash. Penat aku berdrama melakonik mencerita kan bahawasanya aku mengindam kan beger ramli tapi di 'dekk" kan oleh van diesel ini. Bertambah tambah berbulu nya aku.

Dan pada hari ini, saat ini ketika aku tidak mengidamkan beger, pada masa aku mengarang karangan ini, dia sedang beratur membeli beger untuk aku.

Cuba bayangkan sindrom ini jika berlaku ketika aku sedang mengandung real punya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 20, 2011

Love

Love,
Sometime can kill you.
Sometime can make you alive.

Love wisely.
Do not influence with lust.

Find someone who love you rather than you love someone.

Love are heaven and hell for heart.

Love are poison and honey in live.

Love is mystic.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 17, 2011

Redha

Pekerjaan rungutan
penolong setiausaha syarikat(dulu) -bosan
- gaji ciput
- xder kawan
-bonus pun xder
- certain client macam hamsap


kerani akaun (sekarang) -bosan
-gaji ciput
- letih jadi despatch nak ke sana sini
- tak boleh nak geng lagi dengan persekitaran

Nampak sangat aku rajin komplain kan. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Tapi, cuma 1 je yang aku puas. Aku mempunyai van diesel yang menyintai aku. Dear Mr van diesel, when u want meri me. after dat, we can act together in fast 6.

Saturday, June 11, 2011

Inai di jari

Lelaki:pakai inai di jari,balik bertunang ke loti
Loti: tak de la acik..praktis bertunang.praktis make perfect la bak kata omputeh.
Lelaki:**berlalu pergi**
Loti:ah,jawapan aku paling bernas
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 10, 2011

keywords

Banyak sungguh orang yang google nama"nora elena". hard fan dengan kisah nora elena la nih.
:-p

nora elena jeng...jeng...jeng....

Siapa tengok episod semalam?

Masa nak ending kan, Nora elena kan masuk bilik larangan seth tan kan. pastu kan, dia terbuka satu box dan mendapati sekalung rantai kan. pastu muka dia macam cuak - cuak marah marah terkejut kejut kan. Pastu abis kan.....

Meh aku nak cerita awat muka dia macam tertelan susu basi. Sebenarnya, Nora Elena terkejut sebab rantai dia pakai time kena rogol ada dekat seth tan dan pad masa itu la nora elena tau yang seth tan yang rogol dia. ala...xpe la...at least da jadi asben jugak kan...kan...kan.kan....

kalau ikut novel, nora elena terjumpa topeng dan pisau yang seth tan guna untuk ugut dan rogol dia.dia terjumpa masa nak tarik buku dari rak buku dan benda-benda itu terjatuh. nora elena menangis nangis dan pada masa itu seth tan dah balik dari out station dan dia tergamam apabila nora elena dah terjumpa bahan bukti itew. hah cuak muka seth tan.

masa aku baca novel ni, aku bayangkan seth tan ni gemuk gedempol, pendek dan bengis. cabais kan iminajin aku. sekali watak drama ensem pulak. lepas ni pilem barat sila buat drama nora elena tapi hero dia bagi van diesel,heroin dia bagi aku. muahahahahahhahaha

Wednesday, June 8, 2011

kisah panas sekarang ahhh tajuk macam cabais

Di ikut ikut kan, aku tak pernah langsung ambek kisah pasai kisah blogger zaman sekarang. Cerita cerita pasal minah bernama evan di belakang tetapi bukan juliana evan so suwiiiittt, gambit ohhh pujaan malaya ku itew. Kisah blogger kena tegur ke ditegur ke apa ke, memang aku tak ambek kisah. tapi, sebenarnya.... aku memang tak ambek kisah apa-apa yang berlaku di sekeliling aku pun . Berita memang dari kecik aku tak tengok. Kalau tengok pun, ada la dalam lima minit. Bagi aku, tengok berita tu satu pekerjaan yang sia-sia. Sebab tu paper pengajian am aku bahalol tahap dewa, sampai kan tarikh kita merdeka aku boleh lupa. Bukan setakat hari merdeka, tarikh hari lahir aku pun kadang kadang aku tertukar dengan abang-abang aku. Surat Khabar? Lagi la jarang aku membaca. Aku menyampah. Bila bukak je paper, bunuh sana sini, lempaq sana sini, ragut sana sini, harga naik. serius shitt.dari aku sakit jiwa baca berita macam tu, lebih baik aku tak yah baca langsung.

Start dari aku buat blog ni, aku tak pernah rasa aku seorang blogger. Aku cuma rasa aku sedang dalam usaha untuk membuat kan sapa sapa yang baca blog aku senyum macam orang gila, so aku ada la geng nak cek in tanjung rambutan nanti. Kalau boleh bagi la laki. Muka ala- ala hritik roshan, bodi macam the rock, perangai macam van diesel. Aum aum la nanti aku.

Tapi,

tetiba aku teringin pulak nak baca kisah minah evans ni.

muahhahahahahhahaha

Sunday, June 5, 2011

Welcome to

My little heaven
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 1, 2011

Ketagihan

Aku rasa kalau penculik nak culik aku ken,tak yah susah susah guna yg cecair yang besa depa tuang kat sapu tangan tekup kat mulut.hat tu aku tak pengsan. Jadi hulk hugan ada la.

Lempaq novel yang best best kat aku suda. Konpom aku tak peduli apa yang jadi sekeliling aku hatta van diesel duduk sebelah aku senyum senyum kambing pun aku tak kisah.

Tapi kan,jangan la lempaq the times ke,new street times ke,hat tu konpom mata makin membolat
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jiwa

Perasaan,
Sukar ditafsir.
Sukar dibaca
Sukar dijangka

Hadirnya umpama mimpi,
Menghanyutkan insan dalam fantasi,
Bisa membahagikan
Walaupun dalam khayalan

Marah,
Benci,
Sayang,
Suka,
Rimdu,
Dendam,
Diadun dan diuli,
Dari akarnya perasaan,
Hingga tertunasnya cinta
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone