jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, July 29, 2011

Ramadhan

Tinggal lagi dua hari kan kita umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Perut aku sudah ubah setting pemakanan sejak seminggu yang lepas. Bagus perut aku ini bertindak mengikut musim. Selamat menjalani ibadah berpuasa aku ucapkan. Kepada yang bukan beragam Islam, jikalau anda hendak berpuasa sama, di alu-alukan. Mana nak tahu, di bulan mulia nanti, anda akan menerima cahaya hidayah daripada-NYA. Amin...

Tapi, yang paling aku tak paham nye, apa jadah puasa pun belum start tapi decoration selamat menyambut aidilfitri sudah mula tergantung di salah satu pasar raya terkemuka. Setengah kedai sudah bukak lagu raya. Ampa ni semangat nak berpuasa ke semangat nak sambut raya jer?

Naik pening aku dengan makhluk bandar ni.

Wednesday, July 27, 2011

Kuih Pelaq, Utara.

Alolololo shumelnya keywords search ni. Teringin nak makan kuih pelaq ye adik. Tapi kan adik adik, sepanjang ahkak bergelar anak utara lupa daratan ni, tidak pernah pulak telinga ramping ini mendengar nama kuih pelaq tatkala menjengah gerai gerai untuk serok(breakfast. penggunaan nya lebih kurang macam ni:weh!!Mai srok dulu)

Tertanya tanya jugak la ahkak ini macam mana rupa nya kuih pelaq.

Kalau pelaq yang membawa maksud carutan ahkak tau la

weeiiii...pelaq la ang ni...

Yang membawa maksud lebih kurang kepada:

weiiii...kurang ajar la kamu ini( ayat baku)

ps:lama dah aku tak kelik Baling. Lama dah tak menatap muka mek(madame suppiah yang gorgeus). Harus la cuti raya lama ni.

Friday, July 22, 2011

Bila sudah Tua

Bila sudah tua,
Hormon lintang pukang

Bila sudah tua,
otot otot Robotcop sudah hilang.

Bila suda tua,
mengelabah cari petua awet muda.

Bila sudah tua,
Tengok lelaki hot pun sudah tidak selera.

Bila sudah tua,
Wayar suda banyak putus putus

Bila sudah tua,
Sana sini kena overhol...

Bila sudah tua,
Hantaran mesti la tinggi sebab barang antik kata kaaannnn..



p/s:aku rasa aku sudah tua sebab tengok lelaki hot pun macam nak sepak muntut diorang. sungguh tak best feeling ini.

Thursday, July 21, 2011

Lif Dalam Kehidupan Saya

Situasi Pertama: Seorang wanita, seorang gadis. Rakan sepejabat. Rakan membuat ketupat. Sedang menunggu lif sambil borak borak. Oh fakta. Perempuan suka berborak borak dimana mana sahaja walaupun di dalam jamban. Pintu Lif bukak, melangkah masuk dan tekan butang tutup lif. Sambung borak borak borak borak. Tiba tiba pintu lif terbukak, masih di level yang sama ketika dua rakan ini melangkah masuk. Tercengang cengang sambil menahan malu.

*tak tekan tingkat mana nak pergi macam mana lif tu nak bergerak hamdol*


Situasi kedua:Seorang gadis tanpa ditemani dengan seorang wanita kerana wanita itu mc bergerak keluar dari pejabat untuk makan tengah hari. Apabila lif turu tiba, gadis ini melangkah masuk dan terus menekan buttun lif tutup dan terus termenung...termenung...termenung...termenunggg...sampaila gadis itu tersedar bahawa dia lupa nak tekan buttun number G dan tiba tiba pintu lif terbuka;aitttt...dari mana ni?td bukan turun dulu ke?tegur seorang lelaki kepada gadis itu...Gadis itu hanya mampu sengih sengih kerang busuk je.

*apa jadahnya sampai dua kali terlupa nak tekan button tingkat ni*

Tuesday, July 19, 2011

Hairan

Aku hairan. Di tempat kerja lama aku, idea sikit punya banyak nak menulis. Aku ingatkan dengan bertukar arus perdana, aku lebih inovatif, kreatif dan seplastik. Tetapi, makin tepu jadinya. Apakah opis lama ku sumber ilham ku?


OOhhhh deeeemmmm

Friday, July 15, 2011

Kembang Hidung

Pernah menghidapi sindrom kembang hidung?
Berlaku apabila menererima pujian yang melambung ke langit atau menerima hadiah daripada pujaan hati yang berupakan cincin diamond lazo ataupun volksewegen iaman kalbu kecik.

aku tengah menghidapinya. hidung yang sedia kembang bertambah kembang apabila menerima panggilan telifon daripada bekas pelanggan yang pernah menerima khidmat perkhidmatan aku. oh...suka hatinya aku mengingatkan bahawa aku bukan bekerja sebagai pegawai khimat pelanggan atau di dalam bahasa saintifiknya GRO.

Ex client aku menghubungi aku dengan tujuan untuk meriik sama ada aku masih bekerja di dalam sektor setiausaha syarikat dimana malangnya aku telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha syarikat untukmana mana syarikat dan telah kembali ke bidang aku iaitu akaun buat masa sekarang. andai aku masih di dalam firma setiausaha syarikat, dia mahu memindahkan ke empat empat buah syarikatnya untuk di uruskan oleh aku kerana menurutnya, setiausaha syarikat yang sedia ada leceh

Bangganya aku kerana ada orang yang menghargai khidmat aku.

Tetapi,

Yang tak boleh nak banggakan sangat, hidung aku masih kembang. Bagaimana hendak mengurat abang abang aprika badan taf nih?

Tuesday, July 12, 2011

Search key

Malam Pertama Kawen Kontrak.

Maaf..

Saya tak ada pengalaman pertama sebab tak kawen lagi.

pengalaman kawen kontrak pun tak ada.

Kalau pengalaman kerja kontrak ada la.
:-D

Monday, July 11, 2011

Perhimpunan.

Cara cara hendak mengenal pasti jika sesorang itu sudah master dalam menghadiri sebarang perhimpunan yang dijalankan tidak kira la sama ada perhimpunan itu haram atau halal adalah seperti:



  1. Memakai google yang kebiasaannya digunakan ketika hendak pergi berenang.. google ini ternyata menjadi alat renang yang pelbagai guna. selain digunakan untuk menjadi alat renangan di dalam air, ia jugak digunakan sebagai alat renangan untuk meredah lautan manusia yang lari bertempiaran akibat gas pemedih mata dan jugak pancutan air yang boleh memutihkan kulit yang hitam.

  2. Topeng hidung yang biasanya digunakan oleh para doktor untu membedah pesakit boleh jugak digunakan semasa perhimpunan untuk mengelakkan tersedut gas pemedih mata yang kalau anda anda sekalian nak merasa boleh la cuba sendiri di rumah dengan melumurkan cabai ke muka. begitu la kesan kepedihan yang dapat dirasai.

  3. garam bukan sahaja digunakan dalam memasak tapi jugak digunakan semasa perhimpunan. amat la penting membawa garam ketika perhimpunan kerana dengan mengunyah garam dapat mengurang kan rasa radiasi terkena gas pemedih mata.

  4. air putih haruslah jangan dilupakan kerana air putih akan digunakan untuk membasuh muka yang kepedihan dan untuk menkaverkan mata yang kemerahan dan air mata yang berjejeran keluar.

sekian,



i salute u yang berhimpun ari sabtu. memang kulit kebal spesis landak. aku yang terkena sipi sipi pun dah mengelupur pedih. oooh...pakcik pakcik makcik makcik yang bawa anak anak kecik tu memang hardcore kerana sudah tentu anak anak kecil itu tidak akan trauma seperti saya.

Friday, July 8, 2011

BERSIH

Baru baru ini Malaysia telah digegarkan dengan isu BERSIH. Apakah BERSIH. Jangan tanya aku.Kalau tanya aku, konpom aku jawab bersih adalah kerja kerja penyucian daripa kekotoran dengil dengan menggunakan sabun pencuci.

Sejak isu bersih ni di utarakan, aku berhati hati memilih baju. takut terpakai baju kuning. sian baju kuning kena darurat. kang terpakai jenuh lokap dala cilita. I tak sanggup yu.

Sebenarnya,aku pun tak paham sangat isu bersih ni. Siapakah pencetus nya idea bersih ni dan apakah kehendak mereka. AKu baca tuntutan mereka, tetapi otak udang aku tak mampu nak menghadam isi kandungan nya. Antara tuntutan nya ialah untuk menghapuskan rasuah.

Aku terpikir. Boleh kah rasuah ini di hapuskan ke akar umbi? Berapa lama? Siapa yang nak laksanakan? kalau korek dari akar umbi, konpom konpom penjara tak cukup nak sumbat. dari orang atas sampai orang bawah. dari orang besar la dari orang kecik.

Bagi aku, bagilah sesapa yang jadi pemerintah pun, takkan dapat jadi macam Tun.Mahathir. Zaman pemerintahan nya, I.S.A digeruni, rasuah tak bermaharajalela, jenayah pun kurang. sekarang? duduk dalam umah pun dok rasa was was.

aku memang dari kecik tak masuk campur hal hal politik ni. dari kecik sampaila besaq. aku tak ambek peduli hal hal yang berlaku disekeliling aku. konsep aku, jangan la kacau aku. tapi,yang aku bengang ni, aku nak g keje ari sabtu ni weiiii. dateline financial year dah dekat weeeiii...jangan la nak chaos. nak buat perhimpunan, buat perhimpunan elok elok. rusuhan kalau, aku bersihkan semua. jangan main main. aku OTOMEN DYNA.

Wednesday, July 6, 2011

Bila jauh,bila dekat

Memang betul la kata orang tua-tua,
Bila jauh,
Rindu dendam,
Mesej berjela jela penuh satu page,
Honey madu,baby,dear semua ada.

Bila dekat,
Bertengkaq berjela jela,
Mesej marah marah penuh 2 page,
Gendut,gemuk, buncit semua keluar.

Ahhh....
Mau duduk jauh jauh la.
Mau register nama dekat Alaska.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone