jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Tahun Ini


  1. Tercengang tengok kebanyakkan mall di Kuala Lumpur sudah memulakan dekorasi untuk menyambut Aidilfitri sedangkan Ramadhan bakal menjelang tiba keesokkan harinya. Bai, baru nak puasa bai. Jangan seksaited sangat nak deko sana sini. potong stim betul la.

  2. Pertama kali shopping raya sengsorang. Puasa Ke-7 aku dah siap settle semua. Pueh hati. Seksaited tak yah hadap sesak dekat Jalan Tar hari minggu tapi azab jadi penjual tudung. (eh, kome dah beli tudung raya belum)

  3. Pertama kali tak dapat angpau raya daripada bos. Empat tahun aku dok kompeni lama, dapek la jugak seketui dua angpo raya. Duduk kompeni gergasi mencakar langit aum aumm aumm pun xdapek.

  4. Pertama kali aku tukar duit raya. Ekuse me, bukan duit aku ya.Ini duit exec - exec aku. Mahu duit raya, sila la tadah tangan mohon. Gila kejang kaki beratur. Huluq la barang seketu dua angpo raya. Saya tukar tak ikhlas ni.

  5. Pertama kali aku tengok kaum wanita kuala lumpur secara terang terangan membeli makanan time lunch. ahkak, tahu la dapat redline, tapi jangan la membeli secara terang terangan. Malu tau orang tengok. Kang boleh mendatangkan saksipices kepada kaum lain. Yang masuk order KFC?huuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  6. Selama ini, aku hanya melihat perempuan je seksi. Kali ni, banyak pulak lelaki seksi muncul. Panas je bang. Sungai sebelah stesen Masjid Jamek tu sedap kalau di bawa kuak lentang.

  7. Pertama kali berbuka puasa dengan hidangan ala buffet. Gila jakun. Penuh 1 meja dengan makanan.

  8. Kadar pertambahan bilangan kubur yang harus diziarahi. Tsssk....Tssskkkk... Al Fatihah.

  9. Sejajar dengan peningkatan usia yang lebih matang (ehem...ehem...) mood nak raya secara havoc mulai terhakis. Sekarang tune dia lebih nak menyiapkan kelengkapan keluarga. Calon isteri mithali ni.

  10. Mood aku sekarang tune dia lebih ke nak balik kampung dari nak beraya.

Monday, August 22, 2011

Suasana Hari Raya Di Jalan Tar

Tiga perkataan je yang mampu aku luahkan:
1-Hebat
2-Mantop
3-Gagah perkasa

Bayang kan di sekitar Jalan tar pada hari sabtu pun dah sesak dengan manusia, banyangkan keadaan di Sogo. Agaknya bukan setakat berentuh bontot aku rasa. Habis semua 1 badan kena sapu.

Naib baik aku dah clear semua keperluan raya pada puasa ke 7. Gila seksaited tak aku. Kaum wanita membeli baju macam membeli ikan di pasar. Habis kain tudung yang di lipat elok berteraburan. Ngeri aku tengok keadaan itu. Yang meminta diskaun toksah di kobarkan. Nasib baik tak mintak diskaun sampai seringgit. Kalau ada, mau aku bagi kain kosong suruh jahit sendiri.

Oh..buat pasangan kaple. Dinasihatkan jangan la berpegangang tangan berpelukan pinggang di tempat tempat sesak cengitu. lagi menyesakkan tau. Kena pulak time time cenggitu aku tengah merempit untuk ke kedai tudung untuk tukaran syif. Mahu kene setempek dengan aku. Buat yag aku tersound, mintak maap la. Saya tak jeles pun anda berpegangan tangan. Saya cuma rimas tau tak. Orang nak mencelah, time tu la dik buat sehati sejiwa berjalan bergandingan bahu.

Yang dah beranak pinak tu, di nasihat kan jika membawa anak kecil, silala pegang tangan anak anda kejap kejap. kalau idak pun payah nak pegang, sila la pinjam gari pak polisi. Gari tngan anak anda bersama sama dengan tangan anak anda. Gerenti tak ilang melainkan kalau anak anda itu jenis david compopield yang pandai dalam silap mata kaaannn.. oh..buat mak mak kepada anak kecik, sila la tinggal kan anak kecik itu dengan ibu/ibu mentua atau pengasuh. Jangan la di bawa ke tempat tempat yang boleh membatalkan puasa. Sekejap sekejap disana dengar suara babby menangis, sekejap belah kanan, sekejap belah kiri. Gamak kalau budak tu boleh bercakap, konpom mak bapak kena sound setempek. Tempat panas, sesak kalau boleh jangan la bawak anak weyyyyyyy...

oh ya. aku fail bab menutup. akhir kata dari aku, sila la berjoli lagi di 12 collection. menyajikan pelbagai tudung ciptan terkini untuk kejelitaan anda di pagi raya.

Tuesday, August 16, 2011

Mimpi

Orang tua tu berkata mimpi itu mainan tidur. Mainan shaiton. Yang aku pelik, si shaiton ni tak benda ke dia nak main selain daripada mimpi. Apa jadah bagi aku mimpi mengandungkan anak en. seman di bulan Ramadhan yang mulia ni. Boleh terbabas puasa tau tak.

Dalam mimpi pun dah mengigil pregnant, bayangkan kalau real. Mahu aku pengsan 44 kali.
Apa?
Aku pregnant.
*pitam*

Monday, August 15, 2011

Ragam Penjual Dan Pembeli.

Dulu dulu, aku teringn sangat nak kerja sebagai sales girl dekat shopping complex. Pelik kan. Aku memang teringin sangat sangat. Kalau boleh, aku nak jadi sales girl dekat bahagian wanita. Bahagian baju yang pakai di luar, bukan yang pakai di dalam. Kang mahu juling aku rasa. Tetapi, impian aku tak tercapai. Al maklumla, dulu kala Madame Suppiah dan En.Tart adalah pembuat kuih muih yang terkemuka dan oleh itu aku terheret sama dalam kancah pembuatan kuih muih ini sampai kan aku agak dulu muka aku ada la iras iras kuih donut. Oh ya.. Dulu aku sangat sangat la kurus. Berat badan aku tak melebihi 45kg. Kalau angin tiup, aku dah rasa nak melayang(motif cerita)sangat la kurus sampaikan ada rakan rakan Madame Suppiah menyoal selidik beliau sama ada beliau terlupa memberi makanan pada ku walhal aku la yang tukang selongkaq periuk memalam buta. Rahsia aku kurus? Mungkin dulu aku selalu angkat berat aku rasa. Setakat beli tepung sekilo dua kilo, satu jari je boleh angkat. Ni tepung yang Madame Suppaih bukan calang calang kg. Silap ari bulan mahu cecah 20kg aku angkat.

Tapi, dewasa ini, impian zaman kanak kanak yang berhingus mula di makbulkan. Sekarang, aku bekerja di syarikat pencakar gaji dengan wang saraan yang cukupcukup makan di mana kalau aku bergantung sahaja dengan wang saraan yang aku dapat itu nescaya aku kembali kurus tanpa mengangkat 20kg tepung dan bagi memastikan kejituan tubuh badan montok terpelihara, aku telah mengambil pekerjaan ke tiga di sebuah toko pakaian menjual tudung tudung yang high kelass uoolss.

Tak penat ke jadi sales girl terjerit terlolong di Jalan tar(hint) memanggil pelanggan masuk? Penat ditambah tambah dengan bulan Ramadhan. kalau boleh nak je request dekat tokey kedai buat kedai dalam swimming pool. Nyaman je rasa kannnnn.Tapi, penat u bukan penat yang sia sia. Penat yang berbaloi baloi bila ada pelanggan yang datang membeli. Ada seorang makcik tu kata aku mulut manis. Well, makcik...Nama pun penjual. Kalau mulut tak ditanam dengan tebu, mana nak laku ye idak.

Hari Ahad yakni semalam adalah pencubaan pertama ku menjadi salesgirl terjunan akibat terperangkap dengan niat asal. Niat asal ialah aku telah di amanahkan oleh Mem Besar menghantar wang kecil ke kedai di hadapan( aku jaga bahagian stor di mana urus niaga nya lebih kepada borong manakala kedai hadapan adalah kedai yang menjalan urus niaga secara tunai. ). Selalunya, kerja aku menghadap komputer, voucher dan MR. Accounting sahaja tetapi semalam, aku terlari sikit daripada tugas.

Penat memang penat dengan skru skru lutut aku rasa dah nak tercabut. Tapi penat ini adalah penat yang gembira. Faham takmaksud aku. Jika kita buat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas dan sesuatu pekerjaan itu kita lakukan dengan gembira, maka rasa penat yang kita rasa itu boleh menerbitkan suatu perasaan gembira dan kepuasan. Aku seronok jika pelanggan yang berurus niaga dengan kita gembira. Walaupun penat melayan karenah orang terutamanya perempuan kalau boleh nak mintak tawar sampaikan harga jadi sekupang ( macam aku je aku rasa).

Tapi, ada jugak setengah customer yang aku rasa datang bulan yang kita layan first kelas pun meuncung sedepa sampaikan kadang kadang aku rasa nak tarik je muncung tu buat sangkut penyangkut tudung( Mem besaq awal awal dah warning aku masa aku nak g antar duit. Muka jangan garang, jangan halau customer.Keh,...keh...keh...kehh)

Oh ya..sesiapa yang membaca blog aku ini, kalau tak beli tudung nak pakai raya, sila datang ke 12 collection di Jalan Masjid India. Insyallah, kalau anda beli banyak dan cakap pembaca blog ini senangla aku nak mengaku kat tokey yang kalian sahabat gua. Mau diskaun enggak.(ada rakan kelas aku datang beli tudung adalah dalam 3 helai-dua helai tudung yang aku tak tahu apa nama dia tapi spesen tudung sarung yang harga rm38 satu dan tudung siti nurhaliza 1, anak tokey bagi harga yang kaw kaw punya yang aku rasa under bajet dia. memang berbalo baloi.) Tapi, sila la mention dulu kalau nak datang yek. Buatnya aku tak ada, jenuh pulak nakkipas anak tokey comey ha.

Saturday, August 13, 2011

Cemburu

Memang lumrah hidup manusia di kurniakan dengan sifat cemburu. Ada cemburu buta ad cemburu celik. Ada cemburu banyak ada yang cemburu sedikit.

Bak kata pepatah, cemburu itukan tanda sayang. Tapi, haruslah cemburu berpada pada.
Jika kekasih hati anda ber sms anda pada jam dua pagi dan dia mendakwa dia terjaga dari tidur sebab nak pis pis dan selepas pis pis, dia mesej anda, sila lah percaya. ini bermakna dia mengingati anda walupun tengah tidur.

Friday, August 12, 2011

Makanan Ramadhan-Cara mudah mencari muka surat dlm Quran

Assalamualaikum,

Jom ramai ramai kita cuba.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia) Tips yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya dan berkongsi dengan rahsia Allah ni.

Jawapan kepada pendatang tanpa izin yang sewenang wenangnya pecah masuk kamus pustaka aku.

Yang sebenarnya, aku tak pernah pun post entri yang dilampirkan di bawah. Bila aku tengok ada komen dari jelina jolie untuk entri berjudul i need your help, aku jadi pelik. kapan bila ya aku post entri ini? Semalam tak ada pulak aku karang entri se ingat otak anemia aku ini. Bila aku baca post mamat liberian bernama David, aku jadi penin. Tak cukup antar email, main pecah masuk pulak. Lu memang otai la brader. Wa setakat hijek kete, wa terer la. kalau nak hijek akaun akaun orang ni, wa masih amatur bak kata omputeh. Lu patut tunjuk ajar ku sifu la supaya wa menjadi otai seperti lu.

_ _ _ _ _ ____________________________________________________________
I need your help
My Dear,
I know this proposal letter might be a pleasant surprise to you as we don't know ourselves before. (memang le. aku bukan pemes macam van diesel mahupun maria ozawa)I am a Liberian born 30 years ago, now seeking asylum in Dakar Senegal under (UNHCR). (apo kobonda alah UNHCR tu?setakat FBI, CSI, NCIS aku tau la)I contacted you as a cause of my serious search for a reliable and trust worthy person that can handle such a confidential transaction of this nature.(ate kome percayo dekat awok ke?terharu awok mendengo nya)
My Late father former Deputy Minister of Finance under the executive civilian president of Liberia, but was assassinated by the rebels during the civil war and properties destroyed, but I narrowly escaped with some very important documents of (US$7.5M) Seven Point Five Million U.S Dollars deposited by my late father in a high financial company here in Dakar Senegal under.
However, I seek with the problem of securing a trust worthy foreign personality like you to help me transfer this money pending when I will come over to your country for us to meet for investment of the money. Furthermore, I only want this to be done this way because your country is politically stable for any profitable investment, and I also want to add here that if accepted by you, you will serve as the original beneficiary of the money.
I feel confidence therefore, to introduce this offer to you. For your participation and all your assistance regarding this transfer, I have decided to give you 15% of the total money. Therefore, you are requested to furnish me back immediately you receive this request to transfer this money from Dakar Senegal to your country resident account or any account of your interest.
On commencement of this transaction I want to let you understand that the future of myself depends solely on this money. So please keep this business to yourself only to avoid raise eye brow of any third party.
I am eagerly expecting your urgent response.
Yours Sincerely,David.

*********************************************************************************
Kalau ku report polis, agak agak polis nak terima tak?
aku cuak ni.
simbah jugak dengan loji indah water si dabid


Thursday, August 11, 2011

I need your help

My Dear,

I know this proposal letter might be a pleasant surprise to you as we don't know ourselves before. I am a Liberian born 30 years ago, now seeking asylum in Dakar Senegal under (UNHCR). I contacted you as a cause of my serious search for a reliable and trust worthy person that can handle such a confidential transaction of this nature.

My Late father former Deputy Minister of Finance under the executive civilian president of Liberia, but was assassinated by the rebels during the civil war and properties destroyed, but I narrowly escaped with some very important documents of (US$7.5M) Seven Point Five Million U.S Dollars deposited by my late father in a high financial company here in Dakar Senegal under.

However, I seek with the problem of securing a trust worthy foreign personality like you to help me transfer this money pending when I will come over to your country for us to meet for investment of the money. Furthermore, I only want this to be done this way because your country is politically stable for any profitable investment, and I also want to add here that if accepted by you, you will serve as the original beneficiary of the money.

I feel confidence therefore, to introduce this offer to you. For your participation and all your assistance regarding this transfer, I have decided to give you 15% of the total money. Therefore, you are requested to furnish me back immediately you receive this request to transfer this money from Dakar Senegal to your country resident account or any account of your interest.

On commencement of this transaction I want to let you understand that the future of myself depends solely on this money. So please keep this business to yourself only to avoid raise eye brow of any third party.

I am eagerly expecting your urgent response.

Yours Sincerely,
David.

Keywords yang membatalkan puasa.

Bontut heliza?
Baik ngaku sapa yang search?
dari aku mention buntut Heliza baik aku mention buntut Van Diesel.
Ado jugak pekdahnya.

Monday, August 8, 2011

Karma

Orang cakap,buat baik dibalas baik. Buat jahat di balas jahat. Bulan bulan mulia ni,banyak banyak kan la buat amalan.lebihkan akhirat dari duniawi.

Jangan la nak tipu aku dengan mengata kan tak ada pakai meter time pagi pagi buta. Aku bukan nya lahir semalam.

Orang berbudi dengan aku, aku berbahasa. Orang buat najis dengan aku, memang la.........
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 4, 2011

Fw: Persamaan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-----Original Message-----
From: kelabuasapku@gmail.com
Date: Thu, 4 Aug 2011 04:26:17
To: <kelabuasapku.gardenia@blogger.com>
Reply-To: kelabuasapku@gmail.com
Subject: Persamaan

Dahulu bila pakai shawl,mesti aku akan dengar orang panggil Yuna. Tang mn sama dengan Yuna pun aku tak tahu. Nak kata pandai main gitar,boleh la kalau setakat nak menyumbang kan tune yang mengundangkan api syaiton nirajim adik aku,memang terrer la. Nak kata aku pandai menyanyi pun tak juga la. Kang bila pegang mike,yang keluar suara nobita ha. Gila nobita menyanyi lagu dan sebenarnya.

Puas aku memikirkan nya. Pastu baru tersedar. Oh.. Aku memakai selendang. Patutla dipanggil Yuna. Tetapi,kenapa Yuna. Yang mula mula pakai selendang Wardina kan.

Cuba kalau aku pakai bikini.
Ada tak orang nak panggil aku Pamela Anderson versi Baywatch Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Persamaan

Dahulu bila pakai shawl,mesti aku akan dengar orang panggil Yuna. Tang mn sama dengan Yuna pun aku tak tahu. Nak kata pandai main gitar,boleh la kalau setakat nak menyumbang kan tune yang mengundangkan api syaiton nirajim adik aku,memang terrer la. Nak kata aku pandai menyanyi pun tak juga la. Kang bila pegang mike,yang keluar suara nobita ha. Gila nobita menyanyi lagu dan sebenarnya.

Puas aku memikirkan nya. Pastu baru tersedar. Oh.. Aku memakai selendang. Patutla dipanggil Yuna. Tetapi,kenapa Yuna. Yang mula mula pakai selendang Wardina kan.

Cuba kalau aku pakai bikini.
Ada tak orang nak panggil aku Pamela Anderson versi Baywatch Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, August 3, 2011

Durian

Selalunya,aku tidak begitu gemar buah durian yang segar. Aku labih gemar kan tempoyak. Hidangkan aku nasi putih suam suam,sambal tempoyak,ikan pekasam dan ulam ulaman. Itu sahaja mampu membuatkan aku berulang ulang tambah.

Berbalik kepada durian. Hatta bapa saudara aku mempunyai dusun durian dan di depan rumah ku ada sebatang pokok durian yang berbuah selepas digertak oleh madame suppiah mahu dipotong jika tidak berbuah,aku hanya mampu makan 3 ulas sahaja. Tidak lebih dari itu. Aku takut kepanasan.

Tapi,malam ini. Lebih dari 3 ulas aku bantai makan. Sedapnya sampai membuatkan aku stim. Bau nya menyusuk hidung seolah olah menggoda aku menikmatinya.

aku terpikir. Durian spesis apa yang mampu menggoda aku dari menjamah lebih dari 3 ulas? Aku syak durian ini dari spesis jantan yang ala ala ketul ketul isinya seperti petak enam perut van diesel.

Aku tahulah aku wanita panas. Jangan la menggoda aku sedemikian rupa. Terus pipi aku kemerah merahan dek sebiji durian spesis jantan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, August 2, 2011

Kejatuhan

Pernah tak mengalami situasi yang boleh meruntunkan semangat kalian?

Seperti mengharapkan sesuatu pekerjaan yang amat didambakan dan telah disogokkan dengan kata kata keyakinan mengatakan anda pasti dapat tetapi anda gagal?

*aku pernah. "Down"nya hanya Allah yang tahu. Stress sangat sampaikan aku terpaksa gondolkan rambut.*



Pernah tak anda di taburkan dengan kata kata manis daripada seorang lelaki yang pada mula nya mendakwa hanya untuk bekawan tetapi melahirkan kata kata manis sehingga anda mula menyayangi sehinggalah pada suatu ketika hati anda diremukkan apabila menerima jemputan kad perkahwinan lelaki tersebut?

*Aku pernah. Sakit nya hanya Allah yang tahu. Aku doakan agar kalian bahagia. Bukan jodoh aku barang kali*


Pernah tak mengalami situasi di mana anda pada mula nya setulus hati melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat untuk membantu serta menaikkan lagi perniagaan tetapi segala yang anda lakukan sia sia sahaja dan tidak pernah dihargai dan tatkala anda mahu meletakkan jawatan, anda disalahkan kerana notis jangka pendek pada hakikatnya anda telah mematuhi syarat syarat yang ditetapkan dan upah anda tidak diperolehi?

*Aku pernah dan aku hanya mampu tersenyum sambil berdoa agar tabahkan la hati hamba yang seorang ini*


Pernah tak dimana anda mengalami situasi dimana anda dikhianati oleh insan yang anda sayang?

*Tidak terbilang rasa nya aku*



Aku insan yang sederhana. Tidak meminta untuk hidup seperti Maharani yang bergemerlapan dengan harta. Cukuplah aku disinari dengan gemerlapan kasih sayang.

Petanda sudah tua

Apabila nafsu untuk menyambut hari Lebaran makin kurang dan nafsu untuk beramal pada bulan Ramadhan bertambah.

Dem...

Kurang duit raya aku tahun ini.