jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, September 30, 2011

Foto kalendar paling mengancam tahun ini

Amacam...
Ada rupa macam foto kalendar tak?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 27, 2011

Sekeping Hati dan Setunggul Tuan.

Hati: Tuan, Aku capek.
Tuan: Sabar la. Ganjaran akan diberikan kepada orang yang sabar.
Hati: Ya tuan. Aku memang bersabar. Tetapi, aku tak bisa dengan hanya bersabar. Aku mahu
penawar duka tuan. Yuk tuan. kita liburan. Liburan sehingga malam melabuhkan tirainya.
Yuk tuan, aku pingin merasa manisnya gembira berpesta seperti muda mudi zaman
sekarang. Yuk tuan, aku kangen zaman zaman pincangnya teman teman hati seperti ku.
Yuk tuan, usah takut ya tuan. Aku ada melindungi mu. Dengar la kata hati ku.
Sesungguhnya, kata hati ku ini mampu mengembembirakan kamu. Lupakan segala garis
panduan. Lupakan jalan yang lurus ya tuan, sesungguhnya jalan yang lurus itu penuh
pancaroba. Yuk tuan, mari kita ke jalan yang berliku, sesungguhnya jalan berliku itu
penuh dengan kegembiraan. Yuk tuan, aku pingin kamu gembira seperti dulu. ayuh tuan.
Tuan:Ya hati . Kata kata mu amat manis sehingga ku alpa mendengar bisikan mu. Tetapi,
biarlah aku dengan jalan yang lurus walaupun penuh pancaroba kerna sesungguhnya aku
mahu memiliki kegembiraan yang abadi daripada aku memilih jalan yang berliku tetapi
kegembiraan itu hanyalah sementara. Biarlah hati, biarla aku cenggeng sebegini. Biarlah
aku bersabar menghadapi dugaan , sesungguhnya aku tahu bahawa PenciptaKu sedang
menguji ku. ingin mengetahui setulus mana kasih sayang ku pada -NYA. Sesungguhnya
hati, aku bersyukur kerna Pencipta ku masih menyayayngi ku walaupun aku banyak
melakukan noda noda hitam. Biarlah hati. Aku sudah lupa manisnya liburan. Aku sudah lali
sama pesta muda mudi.Aku sudah muak dengan zaman pincang ku. Yang aku mahu
sekarang, aku mahu merasa manisnya cinta kepada Ilahi.

Sunday, September 25, 2011

Luahan si Terminator

Seumpama robot terminator,
Melangkah gagah setiap hari mencari rezeki,
Peluh dikesat,bau busuk ketiak dihapuskan dengan gucci flora non alkohol berharga rm15,
Tatkala hati berbisik manja menagih simpati;tuan,aku capek memeras keringat,
Lantas dipujuk kata kata manis;sabarlah..susah dahulu,senang kemudian,
Tatkala wajah sudah pudar,
Senyuman segaris sudah hilang dari meghiasi wajah cengkung,
Ah.aku sudah biasa tanpa senyuman di bibir.
Mungkin aku sudah lupa bagaimana mau melukirkan senyuman di wajah.
Biarlah.aku sudah biasa begini.
Biarlah wajah seperti corpse bride,
Biarlah.
Asalkan aku masih gagah seperi terminator,
Melangkah mencari rezeki.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

not soooo up to date

  1. Memey dan Norman Hakim dah kahwin. Asal aku dapat info lambat ni.
  2. Bila masa aizat dengan Eira Syazira kawen ni?
  3. Melepas nak tekel Ashraf Muslim. Bila masa dia becinta tup tup kawen ni.

Arghhhhhh!!
Papai donia.
Baik bungkus kain baju masuk dalam gua ini macam.

p/s:jangan tetiba aku lambat dapat tahu abang vin diesal dah kawen sudah. mau aku buat banjee jumping berjemaah.

Wednesday, September 21, 2011

Setulus Hatimu, sesuci Kasihmu.

Kadang kadang, bila duduk berhibenasi di dalam bilik sengsorang, aku selalu terpikir. Katakan la(katakan la,jangan pi mendoakan pulak.aku lempang jugak kang), kalau aku sakit, bukan sakit yang setakat jatuh tergolek dalam bilik ayaq lantas melukakan lutut sendiri. Bukan sakit cengitu. Sakit teruk macam terkena penyakit yang susah nak sembuh tetapi dengan izin Allah boleh sembuh cam kanser ke, leukimia ke, boleh ker hasben aku(kalau jodoh panjang, Hencik Seman la kan) jaga aku dengan penuh kasih sayang dan penuh ketabahan. Yang nak tahan dengan karenah orang sakit, yang akan sentiasa belai aku jika aku dalam kesakitan dan selalu bisik kan kata kata semangat kat aku supaya berjuang.

Yela kan. Sebab rata rata cerita aku dengar mesti tak ada versi yang ala ala seth than ke , macam majnoon ke, macam romeo ke. Lebih banyak macam ke arah badigol. Isteri tengah sakit berjuang penyakit, yang si suami tengah berjuang mengenggam tangan tok kadi pasang lain. Alasan, tak dapat nafkah. Memang betul betul mensirap la kan.

Tetapi kan, tak semua la macam tu kan. Contoh seperti bro talib ni. Diorang punya dugaan, Masya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan. Yang aku pernah baca dekat blog lain, pasangan bro Talib dan kak norma ni, baru berkawin pastu duduk asing asing pastu masa kak norma ni tengah pregnant dah agak sarat rasanya, baru dapat tau dapat kanser otak. Sungguh mencabar bukan. Dan cahaya mata pasangan ini sungguh la comel macam nak gigit gigit je pipi dia tu.

bagi siapa yang berkemampuan dan ingin membantu, sila la tekan link yang diatas.
Bagi yang tak berkemampuan, doa ikhlas kamu pun dapat membantu.

Ya Allah, ku pohon kepada Mu, agar Kau kuatkan la iman pasangan ini dan kurniakan la kesihatan kepada kak norma. Amin.

Tuesday, September 13, 2011

Siri Penyiasatan untuk mengesahkan terdapatnya kulit babi

Aku baru beli purse baru. Ala. tak mahai pun. Dalam RM20, tu pun beli dekat jalan Tar walaupun ada cop Hermes London. Masa dalam proses pembelian tu, aku dah ternampak tiga titik tapi aku tak syak itu kulit babi sebab setahu otak kudus aku, kulit babi dikesan dengan tanda tiga titik berbentuk segitiga, manakala tiga titik yang ada dekat bahagian purse itu adalah dalam bentuk melintang. Dengan yakinnya aku menyudahkan urusniaga tersebut dengan membuat pembayaran.

Tetapi,hari ini aku dilanda syak wasangka dengan tanda tiga titik ini setelah membaca blog Perempuan Jomblo lalu aku membuat pen"google"an dengan menggunakan ayat "cara mengesan kulit babi"dengan harapan akan dapat sedikit info dan hasilnya amatlah memberangsangkan.

Cara mengesan teruna pun perlukan kulit babikah?
Comfius aku.

Monday, September 12, 2011

ion-iron?

Niat di hati malas nak mengapdate buku diari buruk ni. Bajet merajuk la tak der orang yang nak baca siap pakej ada yang unfollow lagi. Sentap hati mak ko dikksss. Artis ke aku nak bajet sentap sentap ni.





Bagi makluman semua, aku sekarang buat dua kerja. Dan yang paling best nyer, aku kerja selama seminggu sebulan. Dulu keje number dua aku, aku akan datang sabtu atau ahad je. Bajet ingat tanggungjawab je, baru aku akan pergi. Kerja aku yang utama harusla pergi setiap hari dari Isnin hinggala Jumaat. Apa bajet kau Kak Long, suka suka hati je tak nak pergi kilija. Dah la dasar kontrak. Senak hati mak.





Dan start pada hari ini, kelas aku akan bermula dan jadual kelas aku setakat ini ialah Isnin, Selasa dan Jumaat. Sila ambik nota pada sesiapa yang nak mengajak aku dating. Jadual aku sibuk mengalahkan Angelina Jolie. Kau Mampu?





Dan secara kesimpulannya;


Isnin - Jumaat


Kerja utama. Masuk pukul 830-5.30





Isnin, Selasa dan Jumaat


Habis kerja pukul 530 terus menembak(shoot) pergi Shah Alam untuk kuliah Magrib. Okey tak lawak. Dan kelas akan habis paling awal 930 malam atau paling busuk busuk pun 10.00pm dan akan sampai rumah dalam purata masa pukul 11.00 malam.





Sabtu dan Ahad:


Kerja sekunder aku. Selalunya, aku akan pergi dalam pukul12-730 malam. Dan purata sampai ke rumah adalah pada pukul 815 malam.

Kesimpulan nya aku boleh buat daripada karangan ini ialah tahun depan aku mau join iron lady. dah lama ternak ion ion besi dalam badan aku ini.

Wednesday, September 7, 2011

Suka atau tidak-Luahan sebelum tidur

Suka atau tidak
Hidup mesti diteruskan.

Suka atau tidak,
Cabaran harus ditempuhi.

Suka atau tidak,
Harus berjuang untuk kesinambungan diri.

Suka atau tidak,
Untuk mengorbankan atau dikorbankan.

Suka atau tidak,
Tatkala ditindas atau menindas.

Suka atau tidak,
Mengharungi gelap dalam terang cahaya hidup.

Suka atau tidak,
Harus memilih antara benar dan salah.

Suka atau tidak,
Untuk memilih duka dalam gembira atau gembira dalam duka.

Suka atau tidak,
Kita yang menetukan hala tuju kita.

Suka atau tidak,
Kita yang membentuk diri kita menjadi sesuatu.

Suka atau tidak,
Kita yang memilih jalan jalan kehidupan dalam kedewasaan.

Suka atau tidak,
Kita harus membuat pilihan.

Suka atau tidak,
Itulah kehidupan.
Harus bijak imbangi ying dan yang,
Positif dan negatif,
Dunia dan akhirat,
Untuk mengecapi secebis kegembiraan yang hakiki.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 5, 2011

Peristiwa Sepanjang penghujung Ramadhan dan Awal Syawal.




  1. Aku berjaya puasa penuh 29 hari. Mula mula mengigil jugak apa la yang tak nak keluar keluar lagi. Takkan baru mimpi pregnant dah melekat. Memang spesis dewata ala ala ecantadia jugak aku ni( astro prima, pukul 11.best woooo). Sekali malam ke 29 tepat tepat orang angkat takbir raya, maka ia pun beraya jugak. Alhamdullilah. Buat posa enam je lepasni.



  2. Berling mengalami musim sonata. Sejuk nya sampai kan aku membalut ketupat palas sambil memakai baju sejuk bulu bulu di kolar. Hampir hampir nak buat unggun api ala ala mat saleh.



  3. Menghias Banglo kepunyaan Madame Suppiah dan En. Tat memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Ni kalau panggil si Eric yang deco deco tu pun mahu bertambah kilat kepala dia memikirkan deco deco rumah. Abis jugak angpo raya aku dekat rumah.



  4. Biskut raya Madame Suppiah buat penuh satu almari. Syabas. Pecah tradisi. Mengikut tradisi, selalunya hanya ada 3 jenis Biskut raya sahaja. Tahun ini? petik saja jari semua ada. Ini semua berkat tengah rajin nak masak menggunakan oven baru. Oh tak lupa jugak Madame Suppiah masuk kelas memasak. Aku? Kelas mengular ada tak?aku nak rejister.



  5. Akibat ke eksaited sangat nak balik kampung, arahan dari madame suppiah telah disalah tafsir. Nasib baik semua segala hantu raya, hantu pocong kena ikat. Kalau idak, mahu berterabur aku lari masuk sawah. Ko berani?Pukul 430 jalan sengsorang tepi kubur sebelah kiri dan sebelah kanan hutan. Kalau bulan lain, konpom idaknyer aku nak jalan sengsorang pepagi buta orang azan subuh pun belum lagi.



  6. Duit Raya yang berjaya terkumpul setakat ini adalah sebanyak seratus tiga puluh empat ringgit malaysia sahaja tetapi yang tinggal di kopek hanya la tiga puluh empat sahaja. seratus ringgit abes borong baju baju luar dan baju baju di dalam sahaja. Ikutkan hati, mahu aku jadi Pamela Anderson Berling.



  7. Kasut merah kebanggan aku dikatakan kasut menoreh getah. Ah memang kejam statement itu.



  8. Statement paling kejam. Anak dara tak laku. Cis..nasib baik mak menakan yang cakap. Kalau orang lain, mahu aku cantas hidup hidup.



  9. Bukan perasan, tetapi kenyataan. time aku selekeh itu la ada yang tanya aku masih single ayat sudah berpunya. hohohohoho..



  10. masuk masuk kerja sahaja, aku sudah kena buang daerah. apa barang dari finance department termasuk GTCom department ni. Dah la park baik depan bilik Head Manager. Mahu orang ingat aku sekretari.