jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Saturday, October 29, 2011

Fesyen haru biru

Pakai tudung,lengan pendek lagi seinci nampak ketiak.
Haru.

Pakai tudung,nampak leher.nampak dada.
Pening.

Pakai tudung,kain terbelah.
Pengsan.

Pakai tudung,baju jarang.nampak baju dalam.
Horny.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 27, 2011

Kosong

Sedih



Sepi




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Karma

Peratutan hidup aku amatlah senang.
orang buat baik dengan aku, akan layan dengan baik.
orang buat najis dengan aku, najisla jugak la aku layan.

Aku bukan hipokrit.
Bila aku tidak suka akan seseorang, aku akan tunjuk aku tidak suka. Tapi bukan la aku pergi maki hamun weh ko langsi wa tak suka sama lu sila blah dari muka bumi ini oh not so me. Kalau aku terserempak dengan seseorang yang aku tidak suka, aku akan cuba mengelak. Mengelak dengan cara lembut. Agar orang yang aku benci itu tidak tahu aku benci dia dan tak akan terguris hati.

kalau aku sayang akan seseorang, aku sayang dengan ikhlas tulis hati. weh anis farhana. aku sayang ang separuh mati. sebab itu aku tepuk tangan bila ang dah tak kaple dengan si langsi itu. kalau tidak, mau aku ikat ang dekat pokok pisang. aku tacing dengan ang time kita diploma dedulu masa ang bagi dekat aku roti ikan bilis Gardenia dan sekotak air masa gap kelas lima minit. Masa itu aku tau, mana sahabat sejati.

weh en. seman. Aku pun sayang ang. Kekadang je suka buat perangai najis sebab nak mengajar.

tapi sekarang, aku rasa karma sudah tiada. aku buat baik,najis dibalasnya.
dan aku?

masih tersenyum tabah mensyukuri rahmat Allah sebab aku dapat bersabar dengan dugaan dariNya dan melatih perasaan rendah diri dan tawakkal dan dapat mengusir baran yang bermaharajalela selama ini.

Syukur.
AKu mampu tersenyum walaupun dugaan yang datang bertalu talu.

Monday, October 24, 2011

Tahik hidung masin

Patut la orang tua tua cakap tahik hidung masin. Memang masin pun. Tapi ada rasa lemak lemak sikit. Musykil aku macam mn tahik hidung ni ada dalam mulut aku. Nasib baik tak tertelan. Kalau tidak, memang aku jadi kedekut taik idung masin.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Safi rania for sale


Untuk dijual setelah pakai 3 hari dan tak serasi dengan kulit muka. (kuli muka cikai..hanya layak pakai sabun susu kambing)

Toner-rm10
Pelembap malam-rm15
Serum-rm15

Berminat?
Sila emailkan ke:electra_gardenia@yahoo.com


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 23, 2011

Do it yourself part 1

Saya punya pin butang.
Hasil kerja tangan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 19, 2011

For Sale-Safi Rania Gold

Aku memang suka bab bab nak menjahanamkan kulit muka sendiri ni. Kalau muka di ibaratkan seperti Angelina Jolie dengan bibir sangkut hanger, memang la tak kisah kan. Takpun poket berkepuk kepuk dengan not rm5o pun apa ada hal kalau mempunyai tabiat macam ini kan.

Dah tau kulit muka memang tak leh kamceng dengan sebarang produk safi ke, shurah ke, gatal pergi beli memang menggali lubang la kan.tak pun, kena gali lubang telinga sesiap bagi clearkan tai taik untuk mendengaq ceramah madame suppiah tentang penjagaan kulit muka.

Aku pakai safi rania gold ni 3 hari je. dia punya jerawat macam 3 tahun je keluar. tak cukup dengan jerawat merah merah yang bila sentuh berdenyut denyut sakit, siap kulit muka mera merah hitam macam oh berkeraknya kulit muka budak itu. konpom pemalas nak menyental.

ohh bukan produk ini tak bagus. Bagus. Cuma kulit aku je yang tak bagus. Jenis kulit berminyak lendir lendir. Jimat minyak masak u noe.

so, aku nak jual la rania ni.
kalau berminat, sila email aku di:electra_gardenia@yahoo.com
jangan tanya aku keje kilang roti gardennia ke..

gambar aku tempek malam kang.
memang tak luak pun aku pakai

pelembam malam aku lelong rm15.00
Serum aku nak lelong rm15.00
toner pun aku nak lelong rm15.00

untung jualan boleh la aku buat model beli produk nak bagi jahanam kulit aku lagi.

Sunday, October 16, 2011

Laman Sosial

Aku mau buat satu laman sosial macam Mark Zubeg buat(macam salah je eja) reka facebook. Aku tepikir nama apa yang funky,elegan dan catchy(dah macam fesyen show) yang senang buat orang terpikat,tergoda dan tertawan.


Mungkinkah

-

-


-

-

-

-


-

Laman Sosial seperti









Bodybook?

Baru la lengkap

Macam adam dan hawa
Macam seth tan dan nora elena
Macam mark zubeg dan loti?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 14, 2011

Artis

Teringat amaran amaran keras dari Madame Suppiah ketika zaman kecil aku...Kalau jadi artis,siap Loti(bukan nama sebenar). Oh...Dari kecik kecik sudah mendapat amaran keras tidak menjadi artis. Tapi dalam amaran amaran itu,sempat pulak beliau berangan nak membuat sepasang pakaian tutu(yg penari hawaii pakai tu) untuk persembahan sekolah untuk anugerah cemerlang.

Dalam amaran amaran itu jugak la,aku kerap naik pentas buat persembahan. Baca puisi,syair, goyang inul sampai pentas roboh sehinggalah ke catwalk semua selamat di'artis'kan.

Nasib amaran itu hanya amaran mulut,bukan perbuatan.Kalau tidak,sia sia aku kena salai.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 11, 2011

Bajet Versi Swasta

Aku terpikir.
Ada tak bajet versi swasta.
Yang mana lebih kepada rakyat swasta.
Yang membuat peruntukan kepada warga swasta.
Yang mewajibkan para majikan menaikkan gaji para masyarakat swasta.
Yang menyarankan pemberian bonus setengah gaji.
Yang mencadangkan warga swasta mendapat pencen.
Yang membela nasib masyarakat swasta.


Apa-apa pun, warga swasta jugak menyumbang kepada kemajuan negara bukan.

Sunday, October 9, 2011

Himpunan terbaik Google

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 8, 2011

Bajet

Pengakuan ihlas. Aku tak pernah menonton bajet sejak aku mula pandai mengenal televisyen dan acapkali bila cikgu ekonomi mula menyoal tentang bajet, aku hanya senyum tunjuk gigi sahaja. Sebab apa aku tak menonton bajet:

  1. Tak memberi faedah kat aku.
  2. Aku tak tahu apa kepentingan bajet ni kepada golongan swasta seperti aku ni.
  3. Parents mesti bersyukur bila yuran fee.
  4. Sekolah akan mula fikir apa jenis "yuran" yang nak dikenakan. Madame suppiah selalu garu kepala bila adik bungso menghulur surat dari sekolah: Derma mencantikkan sekolah. Tetiap bulan cantikkan sekolah, apa kata tolong cantikkan otak otak pelajar.
  5. Aku dah start garu kepala bila kenaikan gaji penjawat awam.
  6. aku dah start kalkulatur di tangan untuk mengira harga barang selepas bajet.
  7. Impian untuk memohon pinjaman di bawah rancangan Rumah pertama ku terpaksa dikuburkan. lebih baik aku buat umah terus dalam hutan.
  8. Setakat nak tanggung bil elektrik yang tak melebihi RM20, berapa bijik rumah sangat la yang tak melebihi Rm20 ni.

Friday, October 7, 2011

Kecintaan kedua

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 6, 2011

Kecintaanku

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 5, 2011

Will your marry me?

Aku nak kawin tapi En. Seman tak mahu lagi. Alasannya, kang aku susah nak g kelas dengan perut boyot memboyot naik turun naik turun tangga. Nak tunggu aku habis belajar, tunggu la dua tahun lagi. Gamaknya time tu pun dah mengertutu bagai.

Bukak je sem baru, ramai kawan kawan yang dah nak kahwin. Dengan nada jeles, apa barang kahwin awal awal. Tak muda remaja belia betul la.

Yang nak bertunang pun banyak. Ahhh. Berdarah jiwa aku tau. Tapi, time berdarah darah jiwa pun, aku suka belek majalah Pengantin nak tengok gaya pelamin terbaru, baju pengantin goodies beg dan sebagainya.

Into sikit punya panjang. Tujuan utama aku just nak memperkenalkan
Jom Kawen Design. Butik perkahwinan yang korang boleh kontek secara online. Design dia superb superb. Sekarang ni pihak beliau sedang membuat promosi pakej pertunangan dengan harga serendah RM400.00. Antara yang termaktub dalam promosi ini ialah: 1 PELAMIN MINI (CONTOH SPT GAMBAR DI BAWAH) 1X MAKE UP PERTUNANGAN ,FRESH FLOWER HAND BOUQ FREE (fresh flower percuma wehhhh...sapo nak bagi percuma niih...masuk jamban pun berbayor)

contoh gambar pelamin:







Antara kelas met yang menggunakan khidmat Jom kawin design baru baru ini.











Seriyes lawa giler kombinasi warna yang digunnakan. Kira menyerlah jugak la kawan aku ini disinari cahaya gold di belakang tu umpama seperti menggunakan Safi Rania oh suda larik tajuk.






Kalau berminat sila rajin rajin tangan tu mengkontek:



Kak Mas:012 677 2637.



Alkisahnya, Kak Mas ini kawan aku. Kalau nak mintak diskaun, cuba la sebut nama aku 44 kali. Muaaahhahahahahaha...




















kelasmate engagement day.






















Tuesday, October 4, 2011

Bila besar nanti, kamu mahu jadi apa?

Seingat ingat aku, daripada masa aku boleh membaca once upon a time ago cerita cindralelah, acap kali orang tanya aku bila besar mahu jadi apa, jawapan aku mesti cikgu atau penulis novel.

Bila dah besar dan mula sekolah rendah, bila tang cita cita, mesti ada cikgu dan penulis.

Bila dah besar banyak dah mula mengatal sini sana, dah mula nak bergaduh sini sana, bila tang cita cita mesti maintain tak berubah;cikgu dan penulis.

Bila dah besar banyak banyak dan sebelah kaki dah melangkah masuk dalam zaman universti;cita cita ada perubahan sedikit iaitu mahu jadi pensyarah dan penulis still maintain.

Tetapi, bila dah masuk alam pekerjaan, cita cita dahulu dengan pekerjaan sekarang amatlah berbeda. seperti sungai Nil dan sungai baling. Sekarang aku sedang mengejar cita cita aku sebagai seorang akauntan yang bertauliah. Penulis? Menulis blog dah dikira sebagai penulis kan. Okey. Cita cita sebagai penulis termakbul.

Tetapi cikgu?Pensyarah?

Aku tak boleh nak jadi cikgu@pensyarah sebab aku terlampau terlampau garang bila mengajar. Even kalau mengajar adik adik aku pun, tangan aku dah bersiap sedia di belakang kepala, supaya senang aku nak menyepak kalau salah jawab. Baru baru tak baru sangatlah, seorang sepupu aku mintak aku ajarkan prinsip akaun. Aku tunaikan hasrat. AKu terang dengan ayat yang sesimple mungkin siap dengan contoh contohnya sekali dengan harapan dia akan faham dan malangnya dia hilang fokus sebab mata sedang tertancap pada deretan hantaran yang siap digubah dan telapak tangan aku sudah aku posisi kan dibelakang kepalanya untuk menyepak.

Aku penah kurung adik aku disebabkan dia tak pandai tulis A B C.

Sekarang, cuba bayangkan kalau aku jadi cikgu. Nescaya setiap bulan wajah aku terpampang dalam berita.

Bayangkan.

Cikgu dulu dan cikgu sekarang tak sama.
Mak bapak dulu dan mak bapak sekarang tak sama.

Aku hormat profesion sebagai seorang guru dan disebabkan itu aku tak nak jadi cikgu. jadi cikgu kena ikhlas mengajar anak anak bangsa. bukan disebabkan senang dapat kerja lepas keluar dari maktab dan bukan kerana cikgu senang dapat cuti.

Alasan utama aku tak nak jadi cikgu sebab zaman zaman aku sekolah dulu, aku banyak menyusahkan cikgu cikgu aku. AKu tak nak nanti bila aku jadi cikgu, anak murid aku pulak menyusahkan aku. Karma weh...Karma..

Monday, October 3, 2011

So Lame

Baru aku tahu hidup aku sungguh lame.
macam biskut merry yang masa beli tu segar bugar meleleh ayaq liuq cicah dengan kopi hangat timr hujan, tapi bila dah simpan lelama terus jadi lemau.
aku rasa disebabakan faktor faktor terperuk didalam opis dalam keadaan yang lama, membuatkan otak aku semakin lame.

Bila masa Diana Amir mula bertudung?