jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, March 28, 2012

Bak kata Lenka;trouble is my prengggg

Syukur.
Alhamdullilah.

Walupun sekarang hidup aku tak terurus, sumpah memang tak terurus.Bilik dah tak nampak macam bilik orang perempuan. dah nampak macam bilik budak lelaki yang macho bergaya. Dengan selonggok kain baju yang tak basuh, selonggok buku buku yang aku tak sempat nak susun, selonggok sampah sampah yang aku tak sempat nak buang. Buzy mengalahkan Menteri. Tapi satu je yang aku tak buzy..Cuci mata... Miahahahahahahaha...

Kontrak aku dengan kedai minyak abes ujun bulan. Walaupun sakit hati sebab rasa macam kena tipu, aku hadap je la. Apa pun tak boleh.

Madame Suppiah da mengelupur sebab aku tinggal secara solo di kuala lumpur.

'Macam mana Loti nak idup ni. Dengan kelas lagi.'
"ayah cakap bangla yang datang Malaysia pun boleh hidup mak.Apatah lagi ceq yang memang lahir kat Malaysia ni'.

Dugaan yang datang manja manja dengan aku tahun ni memang tak kasi can aku bernapas jap.
Dengan masalah hati, dengan masalah nak cari kerja dan dengan masalah bizi nak menyetelkan keje. Kalau tak cukup iman, memang dah lama aku cek in sepital bahagia atau lompat dari tingkat 17 umah aku.

Tapi,
Syukur.
Dalam ribut ribut ni,
aku da nampak jalan hidup aku.
gile betul..dah 27 tahun baru nak nampak jalan idup. Memang nampak sangat 26 tahun sebelum ni aku banyak main main.
Dua orang kawan aku offer aku buat benda yang aku suka.
manik dan Manik..

Harharharhar..!!~
(Gelak ala bapak ayam juai anak ayam)


Aku bukan Hamba yang baik,
tapi aku akan berusaha menjadi Hamba yang baik.

Aku bukan anak yang baik,
Tapi aku akan berusaha menjadi anak yang baik.

Aku bukan kekasih yang baik,
Tapi aku akan berusaha menjadi kekasih yang baik.

Pimpin la aku,
sayangi la aku,
kasihkan aku.
sesungguhnya aku sesat dalam lautan hidup.

1 comment:

  1. mungkin kena ribut2 dulu baru nampak jalan hidup kot . :)

    ReplyDelete

ai lebiu la