jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, May 15, 2012

awakening call

Dahulu Kala,
bila aku tengok drama swasta yang ada scene perempuan ditinggalkan pacar nya atau isteri ditinggalkan suaminya disebabkan ada perempuan jelita yang lain, aku terpikir;buat apa nak menagis melalak sebab lelaki macam tu. kalau aku la, baik aku upgrade diri aku sendiri bagi lawa lawa. padan muka lelaki itu.

dan,
Sekarang. Benda drama swasta terjadi dekat aku. Apa aku buat? Berpikir siang malam apa salah aku. Dekat mana silap aku. Susut weh badan dari saiz xl ke saiz m. Da tak leh feeling adele. Penampilan jangan la dikatakan. Pakai asal boleh je. Kalau ikut kan hati je, nak je berkemban kain pelikat. Dan kalau boleh nak je aku berselimut dari ats kepala hingga hujung kaki peluk cium bantal busuk aku. Biar kering kontang dekat situ.

Dan,
seperti mendapat panahan kilat .
Aku tersedar. Tak guna aku meratap hiba macam orang tak siuman.
Aku kena bangun melawan kesedihan.
Aku kena kuat melawan kemurungan.

Susah
tapi
itu la hakikatnya.

1 comment:

  1. mungkin ada sbb lain berselindung disebalik 'sbb jelita'

    ReplyDelete

ai lebiu la