jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 19, 2012

Buat mantan kekasihku.

Dahulu,
Kamu datang tatkala hati ku kosong.
Kamu menyapa ku.
Mengusik ku dengan lawak lawak separuh bangang kamu.
Kamu buat aku terlupa seketika terhadap kosong nya jiwa aku.

Kamu mendekati aku.
Memenuhi jiwa kosong aku.
Dengan bunga bunga yang terkeluar dari botol macam iklan pelembut softlan.
Betul. Ini bukan cobaan.
Hidup aku umpama pelangi.
Berwarna warni.
Sengih aku bukan sampai dekat telinga dah. Joker tengok sengih aku pun tabik spring.

Sangka ku,aku sudah ketemu pemilik hati aki. Empunya tulang rusuk ku. Walaupun hanya kepala sahaja persis the rock dan vin diesel, aku tetap terpesona.

Untuk kamu,
Aku serah segala jiwa .
Untuk kamu,
Aku sanggup selekehkan penampilan ku, sbb aku tahu kamu kuat cemburu. Hatta aku menjeling meggunakan ekor mata sahaja, kamu sudah bertukar menjadi Sherk versi tak comel.
Demi kamu,
Aku menolak pelawaan mengenal lelaki lelaki ganteng di luar sana.
Demi kamu,
Kadang kadang aku ponteng kelas.
(oke. Ini tindakan bangang ya)
Demi kamu,
Aku rajin cuti,MC dan seangkatan nya.
(Ini kalau ex-bos baca mahu kena sula).
Bak kata Sleq dan Najwa Latif lah, untuk kamu, hey untuk kamu.

Tetapi, pelangi tak bertahan hingga ke petang. Hilang nya pelangi tatkala matahari memancarkan suria nya. Tetapi, aku hilang kamu di saat suria memancarkan cahaya nya. Tanpa petanda, tanpa petunjuk kamu berubah.
Kamu berubah untuk dia, si gadis kecil molek yang berjaya mencuri hati kamu.

Ya,
Aku sedih.
Aku tersungkur.
Aku sakit.

Tetapi, aku bersyukur.
Sedihnya aku membuktikan bahawa aku mampu tersenyum lagi pada hari ini.
Tersungkurnya aku bukan berarti aku kalah, tetapi aku bangun berdiri memadam kan segala kenangan kita. Bukan sebab aku kuat, tetapi aku terpaksa.
Sakitnya aku mengajar aku erti kehidupan.

Buat kamu,
Mantan kekasih ku.
Ketahui la kamu bahawa aku tidak menyimpan dendam.
Apatah lagi perasaan benci terhadapmu.
Aku cuma mahu mengucapkan rasa terima kasih terhadapku kerana mengajar aku erti cinta, sayang, sakit dikhianati dan erti memaafkan. Sesungguhnya, aku senantiasa mendoakan kegembiraan .

Aku melepaskan kamu untuk kamu mengenali diri mu sendiri.

Senyum.
Tak perlu kata apa apa.

1 comment:

ai lebiu la