jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, November 5, 2012

Planning.

Salam readers.

Seingat aku, aku da planning perjalanan hidup aku after spm.and bila aku dioffer masuk diploma in accountancy, aku da start planning. Abes belajar umah 21 tahun. Duduk umah sekejap hilang kan rasa homesick and start keje. Dapat gaji, around rm1800, bagi parents rm200. Rm500 buat bayar ptptn. Cukup dua tahun, abes bayar ptptn. Beli kereta dan rumah. Simpan duit buat harta . Planning hidup aku ketika itu.

Tampak mudah. Macam tiada apa apa masalah untuk mengerjakan.
Tapi, kita manusia, hanya mampu merancang. Allah s.w.t yang menentukannya.

Enam bulan menganggur. Tensen acapkali pergi interview. Semua nak pengalaman. Hello. Saya fresh graduate. Kalau pihak encik tak nak bagi peluang, acaner saya mahu mencari  pengalaman. Kamehameha jugak kang.

Tahun 2007, nekad datang ke kolompu bersama sista. Berkat pertolongan bestie syaja. I got my first job. Assistant company secretary. 3 tahun. 3 tahun aku kerja seorang. Berteman kan komputer sahaja. Boleh gile khennnnn..

Masuk tahun ke empat, angkat kaki join company minyak gergasi. And dats its. Realiti bekerja di company besar dimana anda ketika itu boleh diibarat sebagai semut kecik je. Boleh jijak jijak gitew.

Sedar atau tidak. Sudah lima tahun. Segala apa yang aku planning, satu pun tak tercapai lagi.
Tapi,5 tahun ini banyak mengajar aku berdikari, tabah, jatuh duduk terlentang terguling semua nya ada. Yang nyata, pengalaman ini tidak ada dalam senarai planning aku pun.

Satu satu harta yang aku peroleh ialah family, kawan dan sifat sabar, yang mana dulu langsung tak ada dalam kamus hidup.

Kita manusia hanya mampu merancang,
Mampu bermimpi,
Yang merencana kan perjalanan kita ialah Allah.
Setiap apa yang diatur oleh NYA mempunyai maksud tersirat. Oleh itu, disebalik kegelapan, cuba la cari isi disebalik hitam itu, ada putih nya. Aku yakin, DIA sedang merencanakan sesuatu yang hebat buat aku. Apa yang mampu aku lakukan ialah tawakal, sabar dan istiqomah.

Peace yaw..

*mana tau kot kot DIA tengah planning the rock malaysia kawen dengan aku ke. Keh.. Keh.. Keh.. Amin.*

2 comments:

ai lebiu la