jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, February 24, 2012

Adakah awak diluar sana?Empunya tulung rusuk ini.

Adakah awak diluar sana?
mencari dan menanti,
sama seperti ku,
Tidak jemu jemu tanpa mengenal lelah,
mencari pelengkap rusuk kiri mu,
walaupun jatuh tersandung bertalu talu,
ku pohon pada mu,
gagah la bangun kembali dan terus mencari,
kerna ku disini,
menunggu kehadiran mu.
Empunya rusuk kiri yang ku cari.

Monday, February 20, 2012

Random secara Kasar

1-Berlakon secara lite lite dalam cerita hindustan bukan terbitan David Teo Kush Kush Hotak
Kau bersepai.
2-Berat badan sudah berkurangan akibat daripada aktiviti lakonan yang semakin rancak
berdrama. Serius aku tak paham jenis apa pompoan ini. hang tikam hati aku secara bertalu
talu menggunakan pedang thunder cat, namun aku masih senyum tabah, bukan tabah akhbar.
3-Sedang terangsang menengok Henry Golding.
4-Akibat dorongan separuh mental, lantas perkataan "i love u" diucapkan pada Henry Golding.
Mungkin dia tengah blushing. Comey la awak!!oke gedik.
5-Sedang bekerja secara lite lite menghitung hari tamat kontrak.
6-Merancang untuk menganggur selama sebulan. Ada sesapa nak upah jaga partime boleh
hubungi saya.
7-Di cop perempuan tidak ada perasaan. Hebat apa.
8-Masih tersenyum bergelak lagi sikit nak mengalahkan langsu sair tatkala pakwe sedang
berulit manja dengan perempuan lain. tak apa. Praktis dapat payung emas. Konon nya.
9-Antibodi badan semakin lemah.
10-hujung taun matlmat nak dapat badan segagah Megan Fox mungkin tercapai.

Sunday, February 5, 2012

Waktu

Butuhkan waktu utuk pulih.
Bahagia la kalian.
Di atas air mata aku.

Friday, February 3, 2012

Syukur. Masih mempunyai segarit senyuman.

penghujung tahun 2011 tak begitu manis. Pahit pahit 4 tahun sudah terasa.
Awal 2012.
Yakni January,
Kesabaran di uji. Ajaib nya. Aku mampu kawal kemarahan. tak ada ion ion Hulk Hogan dalam badan. Ion Shrek pun sudah tak nampak. Maih mampu tersenyum dan bershuffle ketika berjalan.

Penghujung January 2012.
Semakin parah. Jikalau la hidup ini ada button delate, mahupun prevoius.nescaya butoon button itu menjadi pilihan aku untuk melarikan diri dari masalah.

Awal February.
Fikiran sudah makin tenang.
Mohon Allah menenangkan jiwa hambaMu ini.
Aku sudah penat dan lelah melayan karenah karenah manusia bertopeng di sekeliling aku.

ps:bayangkan hati anda seperti seketul span yang masih gebu ketika dibeli. cuba anda penyek kan sedikit demi sedikit dan konyok keronyok sepuas puas hati. hasil span itu, bagaimana?sudah tidak segebu ketika awal anda beli kan. Macam itula keadaan hati aku sekarang.