jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, March 28, 2012

Bak kata Lenka;trouble is my prengggg

Syukur.
Alhamdullilah.

Walupun sekarang hidup aku tak terurus, sumpah memang tak terurus.Bilik dah tak nampak macam bilik orang perempuan. dah nampak macam bilik budak lelaki yang macho bergaya. Dengan selonggok kain baju yang tak basuh, selonggok buku buku yang aku tak sempat nak susun, selonggok sampah sampah yang aku tak sempat nak buang. Buzy mengalahkan Menteri. Tapi satu je yang aku tak buzy..Cuci mata... Miahahahahahahaha...

Kontrak aku dengan kedai minyak abes ujun bulan. Walaupun sakit hati sebab rasa macam kena tipu, aku hadap je la. Apa pun tak boleh.

Madame Suppiah da mengelupur sebab aku tinggal secara solo di kuala lumpur.

'Macam mana Loti nak idup ni. Dengan kelas lagi.'
"ayah cakap bangla yang datang Malaysia pun boleh hidup mak.Apatah lagi ceq yang memang lahir kat Malaysia ni'.

Dugaan yang datang manja manja dengan aku tahun ni memang tak kasi can aku bernapas jap.
Dengan masalah hati, dengan masalah nak cari kerja dan dengan masalah bizi nak menyetelkan keje. Kalau tak cukup iman, memang dah lama aku cek in sepital bahagia atau lompat dari tingkat 17 umah aku.

Tapi,
Syukur.
Dalam ribut ribut ni,
aku da nampak jalan hidup aku.
gile betul..dah 27 tahun baru nak nampak jalan idup. Memang nampak sangat 26 tahun sebelum ni aku banyak main main.
Dua orang kawan aku offer aku buat benda yang aku suka.
manik dan Manik..

Harharharhar..!!~
(Gelak ala bapak ayam juai anak ayam)


Aku bukan Hamba yang baik,
tapi aku akan berusaha menjadi Hamba yang baik.

Aku bukan anak yang baik,
Tapi aku akan berusaha menjadi anak yang baik.

Aku bukan kekasih yang baik,
Tapi aku akan berusaha menjadi kekasih yang baik.

Pimpin la aku,
sayangi la aku,
kasihkan aku.
sesungguhnya aku sesat dalam lautan hidup.

Thursday, March 22, 2012

Pengetahuan Am yang tak berapa dipandang penting.

*lima minit pikir mukadimah. mak speechless nak*

Aku baru tahu dengan insuran kita boleh dapat banyak kelebihan dan manfaat. Biasa la...Aku siaran tertunda sikit. Coverage selalu bergegar nak sampai dekat aku.

Apa manfaat dia?

Ehem..ehem...



  1. Manfaat perubatan. (ni semua orang tahu)

  2. Manfaat simpanan hari GOLEDEN.(warga emas la tu)

  3. Simpanan Jangka panjang. Spesis ASB jugak.

  4. Ada bonus jika berkawin.

  5. Ada bonus jika anak anak dapat skor dalam pelajaran.

Masa Encik Seman kenangan dahulu masuk sepital, aku da bergegar kepala lutut. Camno nak bayar kos perubatan ni. Dah la doktor nak siang perut dia. Pi tanam biji cabai dalam perut buat apa. Aku ni dah ke hulur ke hilir macam nak tunggu orang bersalin. Talipon la semua orang nak tanya kos perubatan berapa. Nak buat bajet.Almaklumlah, perempuan kan mengelabah lebih. tetambah kekasih hati dahulu kala masuk sepital. Tersu tacing. Nasib baik tak sempat aku kontinue buat drama ala ala industan, dia bawa keluaq kad insuran PRUDENTIAL sambil berkata;Jangan risau. Saya dilindungi oleh PRUDENTIAL.


Time tu aku da terpikir. Kalau la aku yang duduk atas katil tu, celah mana alam aku nak korek duit nak bayar kos perubatan. Simpanan dah la ada dua tiga kupang je. tak kan aku nak menyusahkan Madame Suppiah dengan En Tart pulak kan. Mengigil jiwa emas diorang bila dengar anak nak kena siang.


Disitu la timbul kesedaran untuk mengambil insuran. malang tak ada bau. kalau ada bau senang nak hapuskan dengan fabreze. Memang memula alasan aku tak nak amek insuran duit tak cukup la, bajet tak ada la..Walhal kalau sakit tu datang, memang tak menyempat nyempat kan.



Jadi,


*ehem...ehem...*


Betulkan kahak.


Saya sebagai wakil ejen Prudential sudi memberi penerangan jikalau saudara saudari mempunyai kemusykilan berkaitan dengan insuran yang ditwarkan. Saya paham kemusykilan anda sebab dahulu kala saya tergolong di kalangan anda yang penuh kemusyikilan. Saya sudi memberi khidmat untuk merangka pebelanjaan anda.


sila hubungi saya melalui email


electra_gardenia@yahoo.com



sekian, terima kasih.



*mnengigil mak promote*

Wednesday, March 21, 2012

maskulin kew?

Suatu malam yang aman damai,
di dalam kelas yang penuh dengan calon calon lelaki yang berpotensi yang menjadi bakal suami dan bakal sugar dady,
dan seorang gadis yang berusaha menjaga keayunan dan kesopanan tatasusila sejajar dengan rukun negara.

"saya mahu muka muka baru yang baru pertama kali join kelas ini memperkenal kan diri masing masing dihadapan"..(pengerusi majlis membuka majlis dengan acara paling membunuh.)

"hai, saya loti.dr klcc.

"kahkahkahkahkahakahkah"
Gempak gempita kelas dengan hilaian ketawa

"demiu"
"camno terkeluar suara kepit itik ni".
"sora mak nyah kepit pun lagi seksi"
"demiu nudinam".

Monday, March 19, 2012

ini betul betul sudah jatuh ditimpa tangga


  1. contract tak renew. ok fine.

  2. bonus yang dijanjikan pun possible tak dapat. demyu...!~ada sapa loyer kat sini.



dat why i hate using agensi pekerjaan..


demyu...

Sunday, March 11, 2012

Asam Di Darat , dalam periuk, kita berpeluk.

  1. Aku dah rasa makin tua. serius. muka makin sememeh. cara bercakap pun dah berterabur macam nenek kebayan.
  2. Nak bercinta balik pun dah tak reti. macam mana nak mengurat eh. ada sesapa yang sanggup nak ajar aku balik tak.
  3. Terdesak nak kawen sebab dorongan adrenalin manusia manusia disekeliling aku yang berposing menggunakan anak sendiri ketika itu aku berposing menggunakan anak orang lain. Tacing..!!~
  4. Tergamam bila orang tanya; awak dah ada boifren? speechless mak nak.


2012,

Please be nice to me ya.