jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Wednesday, September 26, 2012

bayangkan. profesor loti mukhtar. ngeri mak jemah.

dengar kabar kabar angin, tatau la betul atau tidak.
selepas ini, mana mana pelajar jurusan akaun yang ingin mengambil lesen profesional seperti ACCA dan CIMA harusla memiliki perkataan profesor di pangkal nama nya.

err..
ayah, kira kansel la no ayah nak ceq sambung ACCA. ceq maleh la nak pegang tittle profesor. nanti kaum lelaki takut nak dekat. abes ceq tak kawen sampai ke tua.

Tuesday, September 25, 2012

berjinak jinak.

bila aku bosan.
benang kait + button.
hasil nya.

cincin kait berbutton.

abaikan laksa itu.

berminat?
boleh la email di: electra_gardenia@ yahoo.com

Harga?
murah je
RM 5




Thursday, September 20, 2012

Sunyi.

Bila sepinya malam bertembung dengan kedinginan hati.

Wednesday, September 19, 2012

Harapan

Mengerti lah kamu,
Sesungguhnya  aku masih menaruh secebis harapan.
Untuk menghirup kegembiraan bersama kamu.
Aku lepaskan kamu untuk kamu mengenal dirimu yang sebenar. Mencari asal usul mu. Menghuraikan segala permasalahan dibenakmu.
Kerna ku tahu, satu masa nanti kamu akan pulang. Pulang kepada ku. Bersama dengan harapan yang satu.

Buat mantan kekasihku.

Dahulu,
Kamu datang tatkala hati ku kosong.
Kamu menyapa ku.
Mengusik ku dengan lawak lawak separuh bangang kamu.
Kamu buat aku terlupa seketika terhadap kosong nya jiwa aku.

Kamu mendekati aku.
Memenuhi jiwa kosong aku.
Dengan bunga bunga yang terkeluar dari botol macam iklan pelembut softlan.
Betul. Ini bukan cobaan.
Hidup aku umpama pelangi.
Berwarna warni.
Sengih aku bukan sampai dekat telinga dah. Joker tengok sengih aku pun tabik spring.

Sangka ku,aku sudah ketemu pemilik hati aki. Empunya tulang rusuk ku. Walaupun hanya kepala sahaja persis the rock dan vin diesel, aku tetap terpesona.

Untuk kamu,
Aku serah segala jiwa .
Untuk kamu,
Aku sanggup selekehkan penampilan ku, sbb aku tahu kamu kuat cemburu. Hatta aku menjeling meggunakan ekor mata sahaja, kamu sudah bertukar menjadi Sherk versi tak comel.
Demi kamu,
Aku menolak pelawaan mengenal lelaki lelaki ganteng di luar sana.
Demi kamu,
Kadang kadang aku ponteng kelas.
(oke. Ini tindakan bangang ya)
Demi kamu,
Aku rajin cuti,MC dan seangkatan nya.
(Ini kalau ex-bos baca mahu kena sula).
Bak kata Sleq dan Najwa Latif lah, untuk kamu, hey untuk kamu.

Tetapi, pelangi tak bertahan hingga ke petang. Hilang nya pelangi tatkala matahari memancarkan suria nya. Tetapi, aku hilang kamu di saat suria memancarkan cahaya nya. Tanpa petanda, tanpa petunjuk kamu berubah.
Kamu berubah untuk dia, si gadis kecil molek yang berjaya mencuri hati kamu.

Ya,
Aku sedih.
Aku tersungkur.
Aku sakit.

Tetapi, aku bersyukur.
Sedihnya aku membuktikan bahawa aku mampu tersenyum lagi pada hari ini.
Tersungkurnya aku bukan berarti aku kalah, tetapi aku bangun berdiri memadam kan segala kenangan kita. Bukan sebab aku kuat, tetapi aku terpaksa.
Sakitnya aku mengajar aku erti kehidupan.

Buat kamu,
Mantan kekasih ku.
Ketahui la kamu bahawa aku tidak menyimpan dendam.
Apatah lagi perasaan benci terhadapmu.
Aku cuma mahu mengucapkan rasa terima kasih terhadapku kerana mengajar aku erti cinta, sayang, sakit dikhianati dan erti memaafkan. Sesungguhnya, aku senantiasa mendoakan kegembiraan .

Aku melepaskan kamu untuk kamu mengenali diri mu sendiri.

Senyum.
Tak perlu kata apa apa.

Tuesday, September 18, 2012

Saturday, September 8, 2012

Musykil.

Aku ada satu pertanyaan.
menjurus kepada kemusykilan.
nak ditanya kepada ustaz azhar idrus kang di cakap nya aku salah siaran.
nak di ajukan kepada Ustaz don kang di karate nya kepala aku.

Aku musykil ni.
Kalau da tak suka,
bagitau.
jangan la di buat buat macam ni.
Musykil aku ngan kaum lelaki.

Thursday, September 6, 2012

pstttttttt.!!!

psttttt..!!
im back ( macam ada orang kesah kan kan kan)
hahahaha...

kiri kanan depan belakang para para penaip semua menghapdate kan cerita cerita raya kalian.
ceghita raya aku? di mulakan dengan makan ketupat tanpa gosok gigi ( petua awet muda ni.. seriusly)... menekan astro untuk melayan ceghita ceghita hebak... matahari lagi sejengkal ataih kepala baru memulakan larian watson nyambek untuk mandi sunat raya.. mandi pun ala ala korbau..

Gila lame kan raya aku.... lame tak lame la.. Sebab dah tua berjanggut berbulu pun still mampu mengutip det raya sehampir RM100.00 ko ada... harharharhar...( gelak kilijam).

Tapi perasaan yang paling best ialah im wearing baju kebaya woot woot woot...!! Hasil kerja mengalahkan abang la... Badan kembali kereping seperti 11 tahun yang dahulu..

Secara keseluruhan nya, tahun 2012 bukan tahun yang luck buat ku.. Tak pe.. Ujian Allah.. Dia sayang kat titew kan... kan...

Adios Amigos.