jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Friday, November 30, 2012

mimpi

manis,
masam,
pahit,
tawar,
duka.
gembira,
ketawa.
alangkah indah nya alam mimpi.

Wednesday, November 28, 2012

temuduga.

salam my fellow readers.

aku tak tau la. kebanyakkan interview aku pergi taun ni lebih menjurus kepada pecah perut. nescaya pengaruh maharaja lawak mega ni. tak ada nak rasa tertekan or what. siap bole bawak melawak lagi.

interview satu .
tukang temuduga : eh. kenapa ur pic banyak jerawat. tp sekalang i tgk tak ada jerawat.

aku: oh.. masa itu, muka tak stabil lagi maa..

tukang temuduga : oh.. tapi u punya otak ada stabil tak. sebab u cakap banyak.

aku : ???? (speechless)

interview dua.
tukang temuduga : ok.. u ada hobi tak. apa hobi u ?

aku : ada. tapi, hobi saya tak ada kaitan dengan akaun tau.

tukang temuduga : laaaa.. memang la.. kalau ada kaitan dengan akaun, something goes wrong somewhere la tu.

aku : sengih..

*ahh.. sah mental unstabil ni. banyak tgk running man sangat la ni.. fallen love dengan haha dan yeong suk. cute sangat*

Saturday, November 10, 2012

cinta

cinta bukan melemah,
cinta menguat kan.

cinta bukan menyedihkan.
cinta itu mengembirakan.

cinta itu bukan suram.
cinta itu indah.

cinta itu bukan nafsu.
cinta itu iman.

cinta itu bukan lalai.
cinta itu penunjuk.

ah.
bicara tentang cinta.
cinta la pada ILahi.
sebelum cinta pada hambaNya.
cinta itu kurnia an Ilahi.
untuk hambanya.

cinta.
suatu misteri.
datang tanpa diundang.
pergi tanpa diusir.
bijaknya cinta pada akal.
bodohnya cinta pad hati.

cinta.

Monday, November 5, 2012

Planning.

Salam readers.

Seingat aku, aku da planning perjalanan hidup aku after spm.and bila aku dioffer masuk diploma in accountancy, aku da start planning. Abes belajar umah 21 tahun. Duduk umah sekejap hilang kan rasa homesick and start keje. Dapat gaji, around rm1800, bagi parents rm200. Rm500 buat bayar ptptn. Cukup dua tahun, abes bayar ptptn. Beli kereta dan rumah. Simpan duit buat harta . Planning hidup aku ketika itu.

Tampak mudah. Macam tiada apa apa masalah untuk mengerjakan.
Tapi, kita manusia, hanya mampu merancang. Allah s.w.t yang menentukannya.

Enam bulan menganggur. Tensen acapkali pergi interview. Semua nak pengalaman. Hello. Saya fresh graduate. Kalau pihak encik tak nak bagi peluang, acaner saya mahu mencari  pengalaman. Kamehameha jugak kang.

Tahun 2007, nekad datang ke kolompu bersama sista. Berkat pertolongan bestie syaja. I got my first job. Assistant company secretary. 3 tahun. 3 tahun aku kerja seorang. Berteman kan komputer sahaja. Boleh gile khennnnn..

Masuk tahun ke empat, angkat kaki join company minyak gergasi. And dats its. Realiti bekerja di company besar dimana anda ketika itu boleh diibarat sebagai semut kecik je. Boleh jijak jijak gitew.

Sedar atau tidak. Sudah lima tahun. Segala apa yang aku planning, satu pun tak tercapai lagi.
Tapi,5 tahun ini banyak mengajar aku berdikari, tabah, jatuh duduk terlentang terguling semua nya ada. Yang nyata, pengalaman ini tidak ada dalam senarai planning aku pun.

Satu satu harta yang aku peroleh ialah family, kawan dan sifat sabar, yang mana dulu langsung tak ada dalam kamus hidup.

Kita manusia hanya mampu merancang,
Mampu bermimpi,
Yang merencana kan perjalanan kita ialah Allah.
Setiap apa yang diatur oleh NYA mempunyai maksud tersirat. Oleh itu, disebalik kegelapan, cuba la cari isi disebalik hitam itu, ada putih nya. Aku yakin, DIA sedang merencanakan sesuatu yang hebat buat aku. Apa yang mampu aku lakukan ialah tawakal, sabar dan istiqomah.

Peace yaw..

*mana tau kot kot DIA tengah planning the rock malaysia kawen dengan aku ke. Keh.. Keh.. Keh.. Amin.*

Saturday, November 3, 2012

Syabas.. Five Years.. !

Salam All.

Aku tatau nak sedih ke, nak meroyan ke nak happy ke apa. Emosi untuk bersedih dah macam hilang. Tengok ceritera sedih pun aku boleh gelak. Dah memang nampak kefiusan dia.

5 Tahun. Tempoh paling lama aku with somebody. Selalunya, nak masuk dua tahun, break.. nak masuk dua tahun break. sampai kan kawan pailang cakap aku kena badi dua tahun. Derrrr...

kira ini adalah salah satu pencapaian yang terulung. Sila tepuk tepk.

Eh. macam bosan la.
Angkat kaki dulu la..
Daaaa....