jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013.

Assalamualaikum.

Bertuah orang yang bernama Azam. Tak payah nak gaduh buat azam. Azam tahun baru ni memang wajib senarai ke setiap kali menjelang tahun baru ? Musykil sekejap tuan hamba.

Azam aku ? Setiap tahun berazam nak cari calon husband nama Azam. Harharhar. Tumpang ke'azam'an sekejap. Selalunya, setiap tahun baru memang tak ada azam. Not say aku bukannya orang yang tak ada ambition ke, matlamat ke, goal ke hape ke. Tapi, aku lebih suka buat dahulu baru cakap. Let say kata aku berazam tahun ini mahu membeli kereta volkswegen beatle. Hamboi ko nyah.. Contoh nak yang ekstravangangsa sahaja. Tetapi tak tercapai sebab aku malas nak mencapai. Kan terserlah kepemalasan di situ.

Bak kata omputeh :
Action first, talk later.
Hooyeh.
Talk to my hand first.

Tapi,
Tahun ini, kalau boleh aku nak berenti amek caffein secara bersih nya. Hokeh. Aku penagih tegar kopi. Kalau tak dapat dalam seari, aku dah jadi blur.

Aku tak tau la kesan caffein ni kat orang lain. Tapi, dalam keaddan aku.. Kalau aku demam, aku susah nak baik even da telan berbakul bakul ubat. Bak kata Mr. Muhamed mukhtar, caffein tu da sebati dengan aku, so ubat tu susah bak bertindak. Agak nya betul la. Sebab itu, kalau aku demam, aku jarang nak telan panadol. Sebab aku tau tak mujarab nya.

Lagi satu, badan aku jenis panas di dalam. Bila demam, Madam Sopiah susah nak rasa haba panas tu. Walaupun aku da rasa macam nak terbakor dah.

Lagipun, sebagai langkah berjaga jaga, sebab Mr. Muhamed Mukhtar ada tiroid. Sedikit sebanyak, mungkin diturunkan.

Sekarang, aku dah paham perasaan perokok tegar nak berenti merokok. Separuh nak mampus.

*pasrah*

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la