jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, August 20, 2013

Sebagai persedian untuk keluar, marilah kita mengusik secara lite lite

Orang tua tua cakap,
Bulan puasa, hantu semua kena tambat.
Secara automatik la,
Bulan puasa,
Aku akan jadi extra berani.
Hari biasa pun agak la berani, tapi jenuh tepis la anasir anasir seram dalam otak.

Jadi,
Pada hari selasa bersamaan dengan 6.8.2013, sampai la aku di tanah berling pada pukul 2.45 pagi. Diulangi, 2.45 pagi.

Oke.
Jalan masuk ke teratak Madame Sopiah ni memang layak disenaraikan untuk menjadi tapak kem motivasi diri.
Sebab?
Disebelah kiri anda kubur,
Dan disebelah kanan anda hutan.
Lampu jalan?
Ada.
Nun sebatang sahaja di tengah tengah jalan.
Jadi,
Sebagai anak gadis yang kadang kadang terkeliru dengan jantina sendiri, berjalan  la dengan gagah dengan beg traveller yang Rabbi berat nak mampos.

Dan,
Diulangi sekali lagi, disebabkan bulan puasa, mind set mengatakan hantu tade. Dh masuk lokap.

Sehinggalah aku terjumpa dengan sekelompok batu nisan di sebelah kanan aku, yakni di kawasan hutan. Dan disebabkan mind set aku, secara positifnya aku berfikir, ooo kubur kat sebelah kiri dah penuh kot.. Dan aku teruskan perjalanan menuju ke rumah.

Disebabkan deria ingin tahu aku agak kuat, jadi secara siang nya aku menijau balik kubur di hutan itu.
Dan,
Kubur itu lesap.
Tak ada.
Apakah yang aku nampak?
Bila aku bertanya kan hal ini kepada Madame sopiah, beliau hanya tersenyum dan berkata; hah.. Dah kena sakat la tu. Lepas ni balik la lagi sorang sorang pepagi buta.

Nakal deme ni. Naseb mengusik lite lite je.

P/s: sepupu aku kabor kan, aku terjumpa kubur keramat kot. Perghh.! Malam lailatulqadar madame sopiah bilang. Apa aku buat? Balik belasah makan nasik 3 pinggan dengan sambal tempoyak.

1 comment:

ai lebiu la