jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Monday, January 21, 2013

Sabotaj yang mintak tangan atau kaki ataukakitangan.

Pernah ghasa tak.
Anda sedang berkobar kobar mahu pulang ke kampung halaman.
Berusaha bangun pagi semata mata tak nak terlepas bas.

Dan,

Ketika anda membuat semakan tiket buat kali terakhir :

"Dem.. Awat tiket bas pukui 9.00 malam ni. Ceq mintak 9.00 pagi. "

Sabotaj abg kaunter.
Sungguh kasar gurauan anda.
Dan paling kasaq, mana ada bas tersebut pada pukul 9.00 malan ke destinasi aku.. !!

Grrrr.. !

Sunday, January 13, 2013

When it's came to personal.

TT : tukang tanya.
TJ: tujang jawab.

TT :study lg ke.
TJ : ye
TT: major ?
TJ: akaun.
TT: ye la. Tau. Tapi major apa.. ( sambil lukis meja )
TJ : akaun la. ( mula mendidih).
TT: nama apa?
TJ : siti aminah. ( ampun haha).
TT : ayah keje apa.
TJ : pencen. ( da timbul asap asap).
TT : pencen apa ?
TJ: ayah saya tak keje dah. Dia da tak larat ( ada jugak makan kaki pagi pagi ni ).
TT : CGPA berapa ?(himpunan mata keseluruhan semester)
TJ : tak ingat.
TT : eh boleh pulak tak ingat. Number ic ingat tak.
TJ : number ic kalau nak guna tengok la ic. ( mula nak bertukar).
TT: CPA berapa. ? Tak ingat jugak? ( markah bagi semester itu)
TJ : a'ah.
TT : boleh pulak mcm tu.
TJ: boleh je. Depend on orang la. Saya memang tak pernah amek kisah pasal CGPA . Yang saya tau, janji lulus.
TT: ............

Dey pacek. Nasib tatasusila aku tinggi.. Kalau susila aku hilang, memang aku tatakan ang.

Tak tahulah.. Aku memang berbulu sedikit sebanyak dengan pertanyaan yang menjurus ke hal peribadi. Fobia sedikit di situ. Aku hanya memberitahu hal hal peribadi aku terhadap orang yang tertentu sahaja. Bukan sombong, tapi keselamatan. Manusia zaman sekarang , kita tak tahu hati budi. Luaran baik, dalam Nauzubillah. Better mencegah dari merawat. #pahal #

Tuesday, January 8, 2013

Final Exam.

Tatkala menjelang final exam, bermula berbagai bagai episod penyeselan timbul.

Awat la yang aku pi amek kursus akaun yang mahakarya susah .

Awat la aku tak amek kursus umah tangga.

Menangis okey belajar akaun. Sampai satu tahap nak telan je nota seperti dalam cerita doremon :

" ya.. !! Roti ajaib. Apabila nobita melekap kan roti pada nota dan memakan nya , nobita akan dapat menginggati semua nya tanpa perlu membaca buku.. !".

*gila skema ayat doremon *

Masalahnya, dekat mana aku boleh beli roti tersebut. Dah pakai roti Gardenia pun tak berjaya.

Pasrah.

Monday, January 7, 2013

TLC -707

Kalau bukak channel 707,
Nescaya air liur merembes macam air paip.

Sangat silakak.

Kalau aku ada buku merah dan tak penakut dengan kapal terbang, nescaya aku dah pergi.ke tempat makanan menarik yang di tunjum dalam man vs.food...

#berangan dalam mimpi je la.

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013.

Assalamualaikum.

Bertuah orang yang bernama Azam. Tak payah nak gaduh buat azam. Azam tahun baru ni memang wajib senarai ke setiap kali menjelang tahun baru ? Musykil sekejap tuan hamba.

Azam aku ? Setiap tahun berazam nak cari calon husband nama Azam. Harharhar. Tumpang ke'azam'an sekejap. Selalunya, setiap tahun baru memang tak ada azam. Not say aku bukannya orang yang tak ada ambition ke, matlamat ke, goal ke hape ke. Tapi, aku lebih suka buat dahulu baru cakap. Let say kata aku berazam tahun ini mahu membeli kereta volkswegen beatle. Hamboi ko nyah.. Contoh nak yang ekstravangangsa sahaja. Tetapi tak tercapai sebab aku malas nak mencapai. Kan terserlah kepemalasan di situ.

Bak kata omputeh :
Action first, talk later.
Hooyeh.
Talk to my hand first.

Tapi,
Tahun ini, kalau boleh aku nak berenti amek caffein secara bersih nya. Hokeh. Aku penagih tegar kopi. Kalau tak dapat dalam seari, aku dah jadi blur.

Aku tak tau la kesan caffein ni kat orang lain. Tapi, dalam keaddan aku.. Kalau aku demam, aku susah nak baik even da telan berbakul bakul ubat. Bak kata Mr. Muhamed mukhtar, caffein tu da sebati dengan aku, so ubat tu susah bak bertindak. Agak nya betul la. Sebab itu, kalau aku demam, aku jarang nak telan panadol. Sebab aku tau tak mujarab nya.

Lagi satu, badan aku jenis panas di dalam. Bila demam, Madam Sopiah susah nak rasa haba panas tu. Walaupun aku da rasa macam nak terbakor dah.

Lagipun, sebagai langkah berjaga jaga, sebab Mr. Muhamed Mukhtar ada tiroid. Sedikit sebanyak, mungkin diturunkan.

Sekarang, aku dah paham perasaan perokok tegar nak berenti merokok. Separuh nak mampus.

*pasrah*