jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, May 30, 2013

Kerek

Pernah jumpa manusia kerek?
Yang kerek seumpama donia ini dia yg ponya.
Yang menganggap dia lebih bagus dari orang lain.
Yang menganggap orang lain tidak sedarjat dengan dia.

Bila berjumpa manusia spesis ini, nescaya akan terasa hendak dikaki- kaki kan. Paling brutal laksana filem KL Gengster pun meludah di mukanya sambil berkata; lu langsi, wa kasi.

Ah. Bodohnya manusia berperangai kerek ini. Tidak kemana pun anda. Kawan tiada, musuh berdosen.

Umpama simbol minuman bercoklat.
Hak kerek adalah hak kami.
Puiii...

Thursday, May 9, 2013

Aku, melayu

Aku,
Melayu.

Mudah lupa
Melatah
Emosi melebih pemikiran

Aku,
Melayu.
Bersyukur dengan apa yang ada
Bertolak ansur
Berbudi bahasa
Bersatu padu

Benar kata Hang Tuah.
Takkan Melayu hilang di dunia.
Benar,
Bangsa Melayu tidak hilang di dunia.
Yang hilang cuma adab kesopanan kita.

Ya benar mantan pernah berkata melayu mudah lupa,
Ayoh cuba kita singkap kembali kisah atok dan nenek.
Adakah kita sudah lupa?

Melayu.