jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Tuesday, December 24, 2013

Tanya sama

Tanya sama malam
Sampai bila mahu hidup berteman kan tilam

Tanya sama siang
Bila agaknya bole bersanding

Tanya sama pagi
Haruskah timba cari perigi

Tanya sama petang
Kapan waktu rombongan mau pinang

Harus aku bertanya kepada shapakah?
Adakah sama waktu malam
Atau waktu siang?

Butuhkah pagi membuntuti kemahuan ku?

Atau setiakah petang menebari cahaya kegembiraan nya?

Saturday, December 21, 2013

Sa orang tua

Sa orang tua
Ditemani secangkir kopi pekat
Aroma menengelami sunyi malam
Mengimbas kenangan zaman muda remaja
Menginsafi kekilafan sendiri
Mengenang kejahiliah masa muda.

Sa orang tua
Meniti zaman penghujung nyawa
Mengutuk kealpaan diri