jangan segan jangan malu.ceq x makan orang aih

Thursday, February 27, 2014

Pencarian.

Jalan jalan aku mengikut langkah kaki
Kejap ke kiri
Kejap ke kanan
Udah gaya seperti Laksamana Do Re Mi lagak nya.

Berhenti.

Tertoleh toleh aku melihat
Kejap ke kanan
Kejap ke kiri
Di mana ya?

Termangu.

Sebenarnya,
Apa yang aku cari kan dari tadi?

Sepi.

Tergaru garu kepala yang tidak gatal.
Hairan.
Perasaan gundah gulana,
Apa ya?

Buntu.

Langkah kembali di atur
Tanpa arah tujuan
Mengikut langkah kaki
Hayunan kaki persis manusia yang sudah mabuk todi.

Fikiran yang sudah kusut cuba di rungkai
Mengingati motif sebenar hayunan langkah kaki tanpa tujuan itu.

Senyum.

Oh. Rupa nya aku sedang mencari sekeping hati yang sudah hilang dari peraduan nya.

Mencari sehingga pasti.

No comments:

Post a Comment

ai lebiu la